Monday, August 29

That Post Just Before Raya


*This is written in the purest of hearts, with a good coffee and late deep in the nights.

                I’ve been through a lot. Banyak yang ditempuh, pelbagai yang ditimba. But I never walked these roads of endearment’s less alone. Jadi di malam terakhir Ramadhan, Syahir in depth is a sorry creature.

Ucena my dear you are the most heartwarming person I’ve ever met. Bekerja dalam sesuatu yang sukar dan kering, ko masih teruskan demi suatu niat yang suci tiada yang lain mampu tandingi. I’ve dreamt of what u have been doing these few months tapi tak pernah punya nekad untuk menjayakannya. Im sorry sekiranya sehari dua atau selama ini ko rasa terkecil hati with what I said but u know deep down, u are like a sister to me. Bagi aku, hang adalah antara individu yang bangga untuk aku katakan “Inilah Makcik Ucena, bestfren abah. U should grow up and be like her” kat anak2 aku nanti.

Azrai u are the most awesome, inspiring guy I have close as my brother. Betul ni. U been there when even the star gloom darker. Everytime I imagine my heart trickling up to the sky as ashes and smoke, covering the world, u’ll be there like a creamer to my coffee, a warm Milo in harsh winter. Thanks.

Enin and Zety u gurls both hate it when I put both your name in a sentence but how I felt for both of u is greatly on par. Enin, u were there ever since I left high school. Kita bergaduh sama-sama namun sentiasa, u put me on the right track or at least re-think my actions. U made me a better person and I never regret hearing YOYO sebab if it never for that, entah kita rapat ke tak. Zeti, u been there for me on the aftermath of my Uitm experience. U are a great gurl, no need saying that daya pemerhatian ko sama hebat ngan aku. U know who I am without a word from me. Enin, Zeti, u gurls are my BFF forever in two different ways but yet still the same! I don’t even know how would I survive UKM life without any of u! Truly grateful! Truly I am! Segala ampun maaf seandainya tersalah kata, tercarut kat kamu berdua. I Love u Gurls the same way Ted loves Barney and Marshall. *sila tengok How I met Your Mother. Oh ya, whoever your boyfriends may be, I’ll always be you gurls no1 boyfriend got it!

Ruslan and Haqimi. Dua adik yang aku selalu impikan. To think that u just met but now we have our own song! Hahaha. Haqimi, sorry if I ever said hurtful things to u but u know beb, aku jujur. U are the most naïve and kind, and nerdy boy but at the same time u adapt so easily and show real spirit n kindness yang tak pernah aku jumpa. Tu yang membuatkan ko comel. Ruslan, u reminds me of who I am. Kita dah pernah lalu kesusahan dan kita bangkit, ceria, providing joy to everyone by being us. Kita adalah kita. First aku jumpa ko pun aku dah tahu ko sebenarnya saling tak tumpah macam aku. Ok, less teruk dari aku lah. But anyhow, keep that confidence up, be who you are and remember, takde sebab untuk kita tidak bergembira di dunia ni.

SANTUNIANS!! Orang-orang yang membuatkan aku rasa positif terhadap dunia. Farahaain, asmidah, rizman, TARMIZI, izdiyad, Ilyas, Hafiz, Suhaila, Firdaus, KAK AISHAH!!!, dan yang lain-lain. How the world should wept if they never had the chance to know u. u guys are the best people I worked with. We came together by a fortune, but stick together till the end by heart. Kalau nak dikira betapa besarnya jasa Santun dank orang kat aku, memang tak habis nak ditulis. I can even write a new blog about u guys! Segala salah, silap, tutur kata, perangai saya mintak maaf dari hujung rambut ke tengah bumi. Haha. Tetiba terngiang suara kak Aishah “Syahir! Behave behave!”

And to all my other friends, KA thanks sebab bagi stay kat umah KA tanpa perlu bayar apa2. Joshua im really sorry for what I did and I shouldn’t treat u like that. Adan thanks for being a great friend to me sepanjang cuti ni. Jet jet my cousin im sorry if sebab tak dapat tunaikan janji aku. Afiq Razak I know u won’t even be reading this tapi thanks sebab tolong the other day even after what happened. Jimmy Azhman be tough after what happened lately to u and I’ll be here if u need me. Hakimah I know u’ll never forgive in a million years even sampai kiamat but I just want u too know im really really really really sorry. CT Alia n Zaza im sorry too kalau ada semasa kita bergurau I oversaid something ke apa n can’t wait to sing again with u guys. Sanggar citra im sorry sebab korang sentiasa kena tahan ngan perangai aku. Jannah im sorry kalau ada ketikanya aku bikin kacau perasaan ko. Yanie aku nak mintak maaf jugak walaupun nanti aku akan kacau ko jugak. Dijah Zaki kelass ko jah takkan la ko kakak aku pun nak terasa. Azri n Adib walaupun korang tahu yang aku carut bukan sebarang carut tapi kot2 korang terasa lah sekali sekala aku mintak maaf juga.

Segala Salah silap samada yang disedari ataupun tidak, secara online ataupun reality jari disusun memohon ampun. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN ON9 DAN OFF9.

Tuesday, August 16

Guide:Urban Kota Bharu

The place to be….
                Youngsters in Kota Bharu differs to none from those in KL. Mencari keseronokan dan entertainment, walaupun dalam kuantiti yang lebih bersederhana. Kota Bharu, sebuah bandaraya Islam turut mempunyai beberapa tarikan yang mampu memenuhi kehendak remaja masa kini. The urban side of Kota Bharu is revealing, inch by inch.

RIDEL HOTEL.
Sebuah hotel unik yang diubahsuai dari deretan blok komersil yang berhadapan dengan Sungai Kelantan. With its riverview scenery, it ought to attract city dwellers to hang out. Bagaikan deretan kedai di Gurney Drive,Penang, Hotel Ridel menjadi titik penting perkembangan pop culture di kalangan anak tempatan.

If you happen to have a chance to spend a night in Kelantan, it is the place to be. Hang out, meeting some friends, menyaksikan kepelbagaian aksi dan lagak manusia yang memberikan warna kepada malam suram di Kota Bharu. Di sini juga tempat berkumpulnya penggemar basikal ‘pixies’ di Kelantan. With an average a hundred of those bikes meeting up in a place, pelbagai ragam boleh ditemui.

Looking for new clothes to swag on? Beberapa butik yang bersifat urban seperti FASHIONISTA juga terdapat di sana bersebelahan dengan a new arising male tailors shop.


The Dirt:
            Dalam erti kata lain, Hotel Ridel juga tempat paling social di Kota Bharu. Budak-budak pixies berarak bagai nak rak. Buat aku sakit hati je. Pedestrian pun hamper kena langgar ngan budak-budak ni. Orang kata “Takpelah, dah diorang minat berbasikal”. Ya right! Tapi kalau dah berkumpul macam harem tuh, dah kira menganggu orang ramai. Dah la kebanyakannya budak-budak muda yang masih di bangku sekolah. Jam 3 pagi pun masih tak balik rumah lagi. This is one of the reason I hate those bikes.
            Aku sendiri baru sekali lepak di Hotel Ridel. Kebetulan member yang baru balik dari US ajak lepak selepas berbuka puasa. Terkejut tengok tempat tu. Dah macam sisi gelap Jalan Bukit Bintang aku tengok. Di bulan puasa, golongan anak ikan, akak-akak hensem berkumpul di situ. Ada jugak terlintas kelibat minah-minah rempit yang berpakaian lebih teruk dari menjolok mata.
            Jadi, sekiranya anda adalah insan-insan yang datang ke Kelantan untuk menikmati kekayaan khazanahnya serta kepelbagaian budayanya, janganlah ke Hotel Ridel terutamanya selepas jam 1 pagi. Kalau tidak, anda akan terasa seperti berada di Jalan P Ramlee. Berjalan sikit je ada yang mula bersiul-siul memanggil anda bagai dubuk mencari mangsa.

Sunday, August 14

Bila puasa je makin ramai HIPOKRIT


Hipocracy is a bad policy…
Ye ye, walaupun ramai orang suruh aku bersangka baik pada bulan mulia ni tapi masih jugak aku tak dapat bersangka baik… sesetengah manusia memang teramat jelas menunjukkan sifat hipokrit mereka di saat-saat macam sekarang.

Exhibit A –Kes Ashraf Haziq
Tau kan, sal dak Malaysia who has been beaten up in the London Riot, lost his PSP and broke his jaws. Wow. Dah jadi phenomenon dak tuh. Semua blog, ruang akhbar kecoh pasal dia. Tapi di seballik kisah perit dia, ada jugak yang tumpang meneguk.

Ada sorang blogger ni, buat post pasal Ashraf Haziq. Best doe post dia. Really touching and heart moving lah orang kata. Curlasz u’olls ayat dia. Tapi bila aku Tanya “weih, ko ni sebenarnya ada jiwa gak lah ka.. touching gak aku baca post ko” dia jawab “Hoho, taktik bro, lagipun semua orang tengah search pasal dia”…

Dan dekat muka buku. Girls all over are busy buzzing,texting, twitting about him. Tapi pasal apa? “Ashraf Haziq hensem doe! Cair aku tengok kat tibi tadi”. Ini bulan mulia, aku taknak mencarut tapi FFFFFFFFF baik korang simpan je thoughts korang tu. Buat sakit hati je tengok. Budak tuh tengah kat negeri orang, menderita sakit, and all that u can think of is his looks. Kemon lah people! Mana simpatinya? Mana? Paling takleh blah, akhir status tersebut ada pulak yang menambah “Anak Rusdi ramli lagi hensem kot, tengok kat rancangan memasak tadi’. “ok, jom google anak Rusdi Ramli pulak”… grrrrrrrrrrr

Exhibit B –Surah memenuhi FB dan Twitter

Surah tu lah, hadis nil ah. Ok, bagus, Alhamdulillah… sejuk hati tengok ramai yang mula merasakan keberkatan bulan mulia. Tapi, status tak serupa bikin, tweet tak serupa fikir…

Dalam muka buku habis segala surah dia taruk. Tapi malangnya sekadar kopipes. Bila dah keluar ni, in broad daylight pun duk mencarut tak tentu pasal. Profile pic pakai songkok bagai tapi sambil on9 FB, duk jugak on9 benda terlarang. Astaghfir…

            Ye, aku yang menulis ni pun buat jugak semua benda terkutuk tuh. Tapi aku tak hipokrit. Tak pernah aku nak tulis atau post pape yang bertentangan ngan apa yang aku buat. Aku adalah aku. Ramadhan ke, tak ramadhan ke, aku post kat FB macam biasa je. Opkos lah kurang mencarut sikit tapi takdelah aku nak tegur orang “Jangan mencarut!” tapi kat depan skrin ni FFFF memanjang.


Plastik adalah sampah yang paling banyak di Bazar Ramadhan

Friday, August 12

Sakit Gigi + Hati


Dah masuk 4 minggu dah..oh, that’s a month then..


Gigi bongsu atau molar yang paling belakang sekali baru nak tumbuh. Pain as hell. Im having fever and really cant stand it. On top of all, being at home lagi buat aku sakit hati. Sakit dah lama, tapi tak jugak pergi jumpa doctor. Kenapa?
1.       Aku benci doctor, dentist dan jugak yang seangkatan dengannya…
2.       My mum and bro busy tahap gaban, leaving me at home sesorang kemas rumah so takde masa nak pergi klinik. #Okfinefliphairkbye

So nak tak nak one day aku berjaga a whole night, doing chores. Lepas sahur pun tak sempat tidur. Kemas umah, sapu sampah. No no, ini bukan kerja rumah ala2 anak bujang duk rumah ok. This is real HOUSEKEEPING we are talking about. Every room kena sapu n vaccumed, baju kena basuh and lipatkan, tempat tido diorang pun aku kena kemaskan. So on that day, aku habiskan chore jam 8 pagi n then terus keluar gi klinik gigi. *21kilo of laundry everyday, mampo?

First stop, klinik kat Bachok, my hometown. Not much to call it a town really. Dahla berusaha aku berdiri 1 jam lebih tunggu teksi tengah panas di bulan mulia ini, sampai kat klinik Dr tu selamba je cakap “Pagi rehat, consultation jam 4.30ptg and 8.30 malam je dik”. Sakit hatinya! Kat depan klinik terang2 tulis consultation on weekdays 9am-5pm”. Nak bukak klinik ke nak makan penampor?

Then berusaha jugak untuk ke Kota Bharu untuk cari klinik lagi. Another hour of berdiri tengah panas tunggu teksi n then masuk pulak teksi yang penuh dengan makcik-makcik bengong mulut rabak. Pot pet diorang tahap Azwan Ali kena lahar. Tak berhenti complaint tuh, complaint ni,politik lagi tapi bila turun teksi, tambang RM6 dia selamba je bagi RM5 pastu tak toleh belakang dah. dahla penumpang lain nak turun pun taknak bagi laluan. Rasa nak tampor je makcik jahil camtu.

Sampai di klinik gigi Goh di KB. Usang, tapi Dr Goh tuh baik, explain sesatu apa yang aku kena buat. Dia cakap yang bengkak ni akan bertambah teruk kalau panas, kena taruk ais selalu. Lega sikit hati. Now that all I have to do is waste some more time before boarding another bus back to Bachok. Its hard living without a car nowadays. Sigh~

Naik bas, tapi sebelum naik terserempak ngan dua tourist Jepun yang memang merah dibakar cuaca Malaysia. Disebabkan pemandu bas tuh buta kelu bahasa inggeris, so aku jadilah pengantara kejap. Kesian tgk diorang sesat2 di negeri orang.

Bas penuh! Daym! And then nasib baik ada sorang abang ni alihkan barang dia n bagi aku duduk. Kesian tengok aku bawak barang banyak kot. And by then I only noticed that at the back seat, yang ada lima seat tuh, ada satu kapel ni duk tengah and then tak bagi laluan untuk orang lain duduk. A girl was standing in the middle of the bus, terhuyung haying tatkala bas kerap berhenti amik penumpang. Ada sebelah dia ada satu mamat pakai kopiah. Berjanggut bagai. N kat tepi seat mamat tuh ada beg dia. Nak je aku gi jerit kat mamat tuh suruh angkat beg dia tuh supaya orang lain boleh duduk. Shame on u! pakai cam orang warak tapi langsung tak nak berbelas kasihan pada bulan mulia ni.

Setibanya di rumah, mak dah ada kat rumah. Complaining that I did nothing at home. Gigi sakit, hati sakit, panas terik, aku rasa semua benda aku luahkan je kat depan mak aku. Reason for her complaints: rumah bersepah. Why: AYAH TIRI sepahkan balik segala yang aku bersihkan the whole night. Sakitnya hati aku tuhan je tau. Sesiapa yang baca tweet aku on that day would notice this. Fed up, aku senyap je, gi mandi pastu masuk bilik n tido. I did nothing wrong, did everything for them like a slave, and they did nothing for me so aku senyap n tido. Masalah selesai.
Pin It button on image hover
Tweet