Friday, August 12

Sakit Gigi + Hati


Dah masuk 4 minggu dah..oh, that’s a month then..


Gigi bongsu atau molar yang paling belakang sekali baru nak tumbuh. Pain as hell. Im having fever and really cant stand it. On top of all, being at home lagi buat aku sakit hati. Sakit dah lama, tapi tak jugak pergi jumpa doctor. Kenapa?
1.       Aku benci doctor, dentist dan jugak yang seangkatan dengannya…
2.       My mum and bro busy tahap gaban, leaving me at home sesorang kemas rumah so takde masa nak pergi klinik. #Okfinefliphairkbye

So nak tak nak one day aku berjaga a whole night, doing chores. Lepas sahur pun tak sempat tidur. Kemas umah, sapu sampah. No no, ini bukan kerja rumah ala2 anak bujang duk rumah ok. This is real HOUSEKEEPING we are talking about. Every room kena sapu n vaccumed, baju kena basuh and lipatkan, tempat tido diorang pun aku kena kemaskan. So on that day, aku habiskan chore jam 8 pagi n then terus keluar gi klinik gigi. *21kilo of laundry everyday, mampo?

First stop, klinik kat Bachok, my hometown. Not much to call it a town really. Dahla berusaha aku berdiri 1 jam lebih tunggu teksi tengah panas di bulan mulia ini, sampai kat klinik Dr tu selamba je cakap “Pagi rehat, consultation jam 4.30ptg and 8.30 malam je dik”. Sakit hatinya! Kat depan klinik terang2 tulis consultation on weekdays 9am-5pm”. Nak bukak klinik ke nak makan penampor?

Then berusaha jugak untuk ke Kota Bharu untuk cari klinik lagi. Another hour of berdiri tengah panas tunggu teksi n then masuk pulak teksi yang penuh dengan makcik-makcik bengong mulut rabak. Pot pet diorang tahap Azwan Ali kena lahar. Tak berhenti complaint tuh, complaint ni,politik lagi tapi bila turun teksi, tambang RM6 dia selamba je bagi RM5 pastu tak toleh belakang dah. dahla penumpang lain nak turun pun taknak bagi laluan. Rasa nak tampor je makcik jahil camtu.

Sampai di klinik gigi Goh di KB. Usang, tapi Dr Goh tuh baik, explain sesatu apa yang aku kena buat. Dia cakap yang bengkak ni akan bertambah teruk kalau panas, kena taruk ais selalu. Lega sikit hati. Now that all I have to do is waste some more time before boarding another bus back to Bachok. Its hard living without a car nowadays. Sigh~

Naik bas, tapi sebelum naik terserempak ngan dua tourist Jepun yang memang merah dibakar cuaca Malaysia. Disebabkan pemandu bas tuh buta kelu bahasa inggeris, so aku jadilah pengantara kejap. Kesian tgk diorang sesat2 di negeri orang.

Bas penuh! Daym! And then nasib baik ada sorang abang ni alihkan barang dia n bagi aku duduk. Kesian tengok aku bawak barang banyak kot. And by then I only noticed that at the back seat, yang ada lima seat tuh, ada satu kapel ni duk tengah and then tak bagi laluan untuk orang lain duduk. A girl was standing in the middle of the bus, terhuyung haying tatkala bas kerap berhenti amik penumpang. Ada sebelah dia ada satu mamat pakai kopiah. Berjanggut bagai. N kat tepi seat mamat tuh ada beg dia. Nak je aku gi jerit kat mamat tuh suruh angkat beg dia tuh supaya orang lain boleh duduk. Shame on u! pakai cam orang warak tapi langsung tak nak berbelas kasihan pada bulan mulia ni.

Setibanya di rumah, mak dah ada kat rumah. Complaining that I did nothing at home. Gigi sakit, hati sakit, panas terik, aku rasa semua benda aku luahkan je kat depan mak aku. Reason for her complaints: rumah bersepah. Why: AYAH TIRI sepahkan balik segala yang aku bersihkan the whole night. Sakitnya hati aku tuhan je tau. Sesiapa yang baca tweet aku on that day would notice this. Fed up, aku senyap je, gi mandi pastu masuk bilik n tido. I did nothing wrong, did everything for them like a slave, and they did nothing for me so aku senyap n tido. Masalah selesai.

5 comments:

sumaiyah mokhtar said...

huhhhhh i dah penah rase, semua benda tk kena, sampai roomet nak denga lagu pun i marah ckp die bising, hehe

SyArk BudAk NaKaL said...

kan.. seksanya dunia time sakit gigi

SyArk BudAk NaKaL said...
This comment has been removed by the author.
Muhammad Tarmizi bin Kamaruddin said...

This post has been removed by the author.

i am S!L4H.. said...

sgt bermacam-macam ragam. >.<

Pin It button on image hover
Tweet