Monday, July 25

Kami Kelab SANTUN YaPEIM


With a few new line up of Santunians on the front line, HIMPUNAN 1000 SANTUN was a success…

Ok fine, tak cukup pun 1Ribu. Dalam 700 peserta camtulah. Tapi masih lagi fun and exciting and mencabar. Both iman and amal. Bertempat di UPM, program kali ini adalah untuk mengumpul ahli-ahli bagi memperkenalkan secara lebih dekat lagi tentang Kelab Santun Yapeim secara khususnya dan juga mengeratkan keutuhan silaturahim ahli secara amnya.

Bagi yang bergelar URUSETIA, pengaturcaraan program bermula dari 4Julai lagi setelah berakhirnya acara penyerahan MOU di UiTM Shah Alam. Kemudian saban hari makin bertambah bilangannya dengan ketibaan ahli-ahli kelab yang secara sukarela datang dari segenap pelusuk negara (dan luar negara).

18Julai – The Kickoff!!!
                Bermula fasa pening kepala bagi urusetia tatkala mengendalikan ketibaan para peserta di 10Hentian berbeza. Ada di antara peserta yang baru pertama kali tiba di Kuala Lumpur jadi setiap detik harus diutamakan untuk memastikan para peserta tidak panic dan berasa hambar terhadap program yang bakal berlaku. Tiada rehat bagi urusetia yang bertugas secara percuma tersebut namun kepuasan hati para peserta tetap menjadi priority.

19Julai – Lambakan kepenatan…
                Urusetia bertugas rata-rata tidak berkesempatan untuk tidur lena apabila deretan ketibaan peserta seperti tiada hentinya. Ada peserta yang tiba terlalu awal dari jadual asal sehingga ada urusetia yang terpaksa bertugas tanpa mandi. Keletihan semalam yang masih belum kebah dilambakkan pula dengan ketibaan secara besar-besaran peserta seawal jam 4 pagi. Jam 3.30 petang dan 6petang, bas membawa para peserta yang tiba terus ke lokasi program.

20Julai – Sehari di Dewan..
                Dengan rentetan ceramah dan juga majlis-majlis formal, para peserta meluangkan masa sehari suntuk di Dewan Banquet UPM. Malang bagi diri saya, saya tak dapat bersama rakan-rakan yang lain di dewan kerana terpaksa mengusahakan sebuah siri The Amazing Race apabila kami terpaksa berlumba mencari barang-barang keperluan program di sekitar Kuala Lumpur, Seri Kembangan, Serdang dan Balakong.

21Julai – Incredible Sports Day..
                Kenapa incredible? Kerana segala persiapan, pemilihan peserta dan juga persiapan kontijen dibuat dalam masa tak sampai sehari. ALHAMDULILLAH. Setelah beberapa hari tidak dapat menjejakkan kaki di program yang kita sendiri uruskan, saya berpeluang untuk turun sama di padang Bukit Ekspo bersama kontijen Enggang, berarak memulakan sukan santun. ENGGANG TERBAIK! WOOT WOOT! Pelbagai aksi dan telah perserta program dapat diperhatikan. Ada yang mencuba untuk terbang ke garisan penamat di acara lumba lari, ada juga yang tergelincir jatuh namun sempat ‘cover’ macho ala-ala meraikan gol.

                Saya pula berkesempatan untuk bersama 12Peserta lain untuk ke tournament golf santun. Empat kategori dipertandingkan iaitu Nearest to Pin, Fairest way, Longest Drive dan Bulleyes. Alhamdulillah saya Berjaya merangkul kategori Longest drive dengan jarak antara 150-170meter. Namun kepuasan sebenar muncul apabila melihat kegirangan para peserta semasa perarakan dan juga majlis penyampaian hadiah. Tanpa segan saya ingin nyatakan bahawa sebagai seorang urusetia program yang sebegini besar, saya hampir menitiskan air mata apabila melihat dua orang rakan baik yang menjadi sukarelawan program ini berseronok walaupun saya sendiri tidak sempat bersama mereka. KEPUASAN SEJATI!

Program berakhir pada petangnya apabila para peserta bergerak pulang ke destinasi masing-masing. Tapi….. (ikuti sambungannya nanti)

1 comment:

Nazrul Izzat said...

sorry wehh tak dpat join..jgn marahh tauuu

Pin It button on image hover
Tweet