Friday, July 8

Harem cam Harem


Seram tapi benar.

Pagi itu hari khamis. Semalamnya hari Rabu. .. tapi langsung takde kena mengena ngan kesah aku.
                
 Pagi itu aku bersiap awal. Pada hari biasa waktu-waktu cuti sem camni, pukul 12 tengahari tu pun dah awal sebenarnya. Tapi aku lagi awal. Pkul 7 dah tercacak bangun buat air kat mak aku nak gi kerja.

Ma: “Eh ko mimpi rogol sape yang bangun awal gitumo ni Hir?” perli ma aku dalam Kelantan dia tuh.

                Time tu aku masih blur. Buat air the epal faveret aku pun terlebih gula. Meraung tahap kolesterol. Dah terlampau awal bangun cenggitulah kekdahnya.

“Mama, adeq bangun awal nieh sebab adeq cayunk kat mama lah”

                Pang! Kena penampor sebijik. Ma aku ni keturunan Banjar. Di antara dia dan kulaan-kulaan (sepupu) dia, dia paling cengih (garang). Penampor yang korang anggap alah bias tegal biasa tu, darab ngan lapan, kuasa tiga, pastu double multiply pulak. Camtu lah penampor ma aku.

Ma: “Motif nak guna bahasa rempit pepagi buta ni?”

Aku balas,
“Motif ma nak guna motif? Bajet muda?”


                Sebenarnya aku nak buat kerja rumah (harian ok, that means setiap hari) lebih awai supaya aku buleh pergi jejalan kat KB. Jadi dari pukul 7 pagi aku basuh baju, lipat kain, sapu sampah. Tip top rumah aku dikerjakan. Eric Leong casa impian pun boleh menangis tengok rumah aku sebegitu bersih. NO NO, tidak saya bukan Bawang Putih ye… takde nak menyanyi lagu ni:

“Laju, laju… buai ku laju…. Aku nak kahwin ngan anak raja”..

                Lagu ni aku ada la nyanyi,

“Usah biarku bersendirian, usah biar hatimu ditawan…” Taufiq Batisah pun menangis tau dengar aku nyanyi. Terlampau ‘sedap’.

                Dalam aku duk sebok buat kerja tu, bapak tiri aku aka penggangur kehormat negeri Kelantan duduk berdengkur macam guruh. Bunyi pertandingan burung kat sebelah umah aku pun tak dapat menandingi bunyi merdu bak hantu mengilai dia. Selalunya dia bangun dalam jam 1petang gitu. Bangun je, terkeluar lah ayat nak makan kasut dia,

“Eh Hir, tak beli nasi pagi ni? Tak lapar ke?”

                Veridefuki tul ayat tu. Dahla bangun lambat kalahkan Perdana Menteri, ada hati nak suruh aku belikan nasi. Kalau ‘hulur’ takpe lah jugak. Ni kena pakai duit aku lak tu. 


Sampainya aku kat KB, semua orang macam pandang slack je. Watafak makcik-makcik ni… tak pernah tengok model sambilan ke apa.

“Dik, drebar teksi panggil nuh, pitih tambang tak bayar lagi”

                Aduh…. Malu weih. Dah la depan stesen betul-betul mak cik sound aku. Ramai pulak tu berkumpul kat stesen. Hari stesen teksi dunia ke apa aku pun tak tau. Muka selamba kodoknya aku blah dari situ.
                Masuk Parkson, wah, ramai gak taste aku yang kerja kat bahagian perfume. Pastu ada sorang mamat ni. Muka terbaik tapi atas sebab apa dia kerja kat situ aku pun tak tau. Time aku jalan kat booth dia, dia pandang. Aku buat derk je. Dah lumrah orang hensem cam aku ni laki pompuan pun pandang. Tetiba, time aku dah jauh dari booth dia, sempat lagi dia,

“Psst psst” buat bunyik macam mat rempit panggil waiter tu. Ingat aku ni kucing ke apa?

Dalam hati, “Ohmaiberigad!  Celaka lunch tul mamat nieh. Muka hensem, taktik fail”

                Sementara aku tengah muka merah tu, aku buat selamba comel je berjalan dari situ. Sori ar bro, im off market dah 7 bulan ok. Single tak nak mingle dah. Kalau kau tu hot macam Megan Fox takpe.


Habis cuci mata, aku naik ke food court kat atas tu. Takde orang. Loser giler tempat. Terus terang la aku blah dari situ. Aku gi ke Muhibah Bakery kat tingkat bawah tu. Kat situ ada lah tempat duduk a.k.a tempat dating aku dulu. Lawa tempatnya. Ala korea gituh.

“Bring me a slice of bluberry cake dengan iced peach tea please” secara poyonya aku order makanan.

                Sambil aku duk tunggu minuman, aku cuci mata tengok seorang akak kat luar tu. Budak U baru nak balik umah kot. Siap pakai blazer U segala. Cantik, taste aku sangat. Jadi aku tersenyum macam orang gila la dalam kedai tu.

“Nice day is it?” Tanya mamat waiter tu sambil bagi order aku.

“Ya. ‘Nice’ indeed. But its scorching hot out there.” Balas balik guna BI. Saje nak bajet terer depan dak tu.

“Biasa datang sini ke? Student USM ah?” tanya mamat tu dalam slang chinese dia.

“eR. No.. im from UKM. Baru balik” pastu aku buat muka malas layan
.
                Surprisingly, dia secara tetiba duduk depan aku. Waterhel! Aku senyum je la. Takkan nak gi maki dia kat kedai dia sendiri lak. Nampak sangat lah aku ni tak bertamadun nanti. Malu lak aku kang lagi sekali. 

                Pastu kitorang borak. SUMPAH aku cakap secara normal. Ala macam aku cakap ngan member2 chinese aku kat kelas la. Takde la aku nak buat muka flirty ke apa ke macam yang digembar gemburkan orang lain. Aku rilek je. Dia dak medic. Asal johor. Aku kalau bab medic ni ok je. Ramai member dak medic. Ex aku pun sorang dua dak medic. Tapi akhir-akhir sebelum aku blah, dah jadi macam seram lak,

“you going edi?”

“Ya, got to catch the bus lorh”

“oh, do u have time? Wanna hang out? Shift saya dah habis”

“Er.. sure. Nak pergi mana?” atas dasar gentleman aku buat2 la macam interested nak lepak kan. Ingat member..

“we can go to kb mall or we can hang out at my place?”

pergH! Terkejut berukben aku dibuatnya.
“Your place? But its already late. Ada apa je rumah u?”

“well, we can do anything u want..” sambil senyum sinis

                Aku time tu tak tau nak cakap apa. Bajet aku ni bongok sangat ke nak terima benda camtu lewat2 gitu. Otak blank sekejap. Baru je aku nak buat member, dah jadi macam harem. Vavi la vida tul. Terus je aku cakap aku takleh sebab aku kena balik awal then aku blah.



Moral of the story:
1.     1.  jangan order blueberry cake n peach tea. Tu paling penting. 

2.    2.   Walaupun niat kita baik, jangan mudah percaya kat orang. Orang paling judgemental macam aku ni pun hampir tertipu jugak.

4 comments:

~journal BMMM~ said...

seyes kelakar...haha aku gelak guling2 dah ni...DaeBak la!

syarkwasangka said...

aigoo.. ni kesah sedih... Daebak tuh apa?

Hanif Ahmad said...

:D.. wahaha

~journal BMMM~ said...

daebak tu terbaik la...oo kesah sedih ke... ok la T.T

Pin It button on image hover
Tweet