HEARTBROKEN..
Baru semalam,
Aku bukan main gembira sebab berpeluang untuk beli dua pasang seluar kahkis dari jenama BASIC HOUSE korea. Try fitting, muat elok-elok sangat. Happy bukan main. Letak kat status facebook lagi. Ramai jugak yang tau jenama ni dan dengki. Terasa bangga sekejap.
Baru semalam,
Seorang kawan baru dari Klang datang bertandang. Sudah bekerjaya dan berperibadi yang baik. Baru sahaja sejam berkawan, aku pulak jadi kaunselor cinta dia. Ah sudah.. lumrah nasib badan.. sentiasa aku yang jadi tempat kawan mengadu pasal bendalah bodoh ni..
Hari ini,
Hari baru selepas semalam. Ada satu mesej diterima. Jauh kirimannya. Dari singapura jauhnya. Mengatakan bahawa dia tidak boleh bercanda kosong lagi. Takut nanti aku kecewa. Katanya. Ibunya inginkan teman umrah, dan telah menemukan pasangan untuknya. Jadi baik berhenti sekarang sebelum kami berdua parah.
Saat ini,
Aku duduk mengisi ruang luahanku. Walau tiada yang benar-benar sudi membacanya. Aku redha. Lebih baik begini. Aku putuskan untuk tidak mengejarnya. Tapi mungkin ini yang terakhir, yang terakhir yang mampu menyebut “MY FAV IS PEACH TEA!” serentak senada seirama denganku. Terima kasih.
i'll enjoy this, with or without a companion |
4 comments:
Syahir jangan bersedih...
ekekekek
mmg ingat org mane tah tadi
rupa peach tea T___T
LOI.. u got it wrong la beb..
hoh..! tenang shahir~~
Post a Comment