Tuesday, March 8

PERFECT GIRFRIENDS 101


Kali ni versi untuk pompuan la pulak!

Kalau korang perasan la, dulu aku pernah buat segmen perfect boyfriends. Tips dan cara camner lelaki nak buat surprise or becoming a perfect boyfriend. According to my saying lah opkos! Tapi sekarang jom kita bentuk gurlfrens sempurna lak.

LESS IS MORE
Kalau korang nak tau, perkara pertama dalam benak kepala si lelaki secara amnya adalah seks. Yes. Even gay people pun piker camtu. Trust me.

So, udah memang lelaki takleh ubah perangai diorang untuk cuba mendapatkan apa yang diorang nak sehinggakan mampu untuk meretakkan rumahtangga orang, anda sebagai seorang perempuan patut tahu that less is more. Boyfrens anda tak suka bila lelaki lain pandang anda sepertimana dia je yang boleh pandang anda. Tak faham? Ok, many girls out there bila nak gi dating pakai menyerlah-nyerlah gitu kan? Kenapa? Sebab ..”demi kasihku kepadamu, biarlah aku menghiasi pandanganmu”… pirrahh!!! Pastu biar orang lain pun tengok korang? Camtu?  Even I cant stand it. Just be you. Tak payah nak berseksi meksi bermakeup sangatlah!!  Kalau orang tu dah suka kat awak, dia suka kat awak je, bukan pakaian atau makeup Elianto awak tu. FAHAM?!

seksi sangat!
Let them miss you
Suka tak kalau mamat tu setiap hari, pagi petang siang malam, maghrib isyak subuh zohor asar, breakfast lunch dinner supper, asyik call korang je, muak tak? Rasa rimas tak?? 

So! The same goes to you! Bagi la peluang dia rindu kat korang jugak. Tak payah lah nak bazir kredit sangat cik akak oi!!!  Being in loneliness is the main reason why people wants to be in a relationship. Jadi diorang akan hargai relationship itu dengan lebih baik sekiranya dia pun turut sama merindui anda sepertimana anda merindui dia. Kannn….


UNDERSTAND IS ALWAYS UP
Tau taka pa yang lelaki suka buat selain dari seks??? Lepak ngan member main bola lah! Sebab bagi lelaki, member dan keseronokan hidup independent lebih menarik. Takde mak nak kol balik umah cam dulu-dulu. “Man! Naik! Dah nak maghrib ni!”…. 

so takde sebablah korang nak jadi mak diorang. Tak payah nak tahu setiap inci hidup dia. Nak berak pun kena gitau. Gila ka?. Give them time for themselves. Let them be out there, have fun, and missing u. takde benda yang lelaki lebih suka dalam relationship selain dari seks dan juga gurlfren yang sangat memahami. Lelaki paling pantang apa tau, bila lambat kol atau balas mesej je, nak majuk, nak majuk nak majuk.. argh!!!! Rimas tau tak!

oh ya, jgn sesekali guna pembesar suara kat lelaki anda
p/s: saya pun suka pompuan understanding

Saturday, March 5

EDISI SYAHIR: sempurna


KESEMPURNAAN
Ada suatu hari tu aku ternampak kat fb, “usah mencari yang terlalu sempurna”… oleh sape entah.. haha.. tapi agak catchy gak la tajuk tu. Sebab? Sebab aku pun  selalu bermain-main dengan tajuk sedemikian.
“Perfect is not being great at something, but being there at everything”
Suatu falsafah yang aku sendiri fahami dari sepanjang aku hidup kat dunia n. dah bermacam orang aku jumpa, bermacam ragam, so kesimpulannya, ayat ini yang aku pegang.

Sebenarnya tiada yang mampu menjelaskan kesempurnaan. Kalau dalam sudut agama, tak semestinya orang yang paling kuat agama itu pun sempurna jika dunianya ditinggalkan. Dalam dunia kerja pula, seseorang itu bukannya kita panggil sempurna jika dia terbaik dalam suatu bidang tapi hanya itu yang dia tahu. Sama sahaja dalam belajar, walaupun keputusan anda terbaik, tapi tak bermakna anda sempurna andainya sahsiah dan soft skill anda tiada. Jadi apa maksudnya sempurna?

Semua orang ada andaian mereka tersendiri dan berusaha ke arah kesempurnaan masing-masing. Dalam perjalanan tersebut mungkin ramai yang menjadi buta. Buta? Tapi kenapa?

“kenapa ko buang masa baca komik sedangkan kau tu pelajar?!”
Biasa tak dengan ayat ni? Kenapa kita luahkan ayat ni? Adakah kita rasa membaca komik itu membuang masa?

Fikir balik, sepanjang kita sebagai pelajar, adakah 100% hidup kita melibatkan buku? Kita tak Buat kerja lainkah? Bagi aku tiada perkara yang kita boleh anggap sebagai membuang masa. Andainya sesuatu perkara itu tidak bermakna bagi kita, mungkin ia bermakna bagi orang lain. Jangan jadi hipokrit. Mungkin kita juga punya perkara yang kita gemar tapi dipandang tidak bernilai oleh mata orang lain jadi kenapa perlu kita juga mendiskriminasi? 
Aku sendiri sedar akan hakikat ini semua pengajianku apabila seorang pelajar 4-flat menghabiskan kebanyakkan masanya menonton konsert atau melukis manga. Maksudnya adakah melukis manga itu membuang masanya atau adakah perkara itu suatu input penting agar dia lebih tenang mengulangkaji pelajaran.

“kita datang sini nak belajar,bukan nak menari”. Dulu pernah seorang senior cakap camtu kat aku. Mungkin dia tak memahami. Aku menari demi untuk mengukuhkan kelayakanku untuk terus berada di kolej dan juga untuk terus senyum di sepanjang jalan kejuruteraan yang tak pernah aku sangka akan aku lalui ini. Ianya suatu output untuk aku mencergaskan badan dan memastikan fikiranku sentiasa cerdas dan bukannya terlampau bosan dengan buku sampai nak tidur je bila dah bosan. Lama-lama GEMOK!

Ingatlah, kalau ingin mengejar kesempurnaan, jangan hanya ke satu arah. Aku pun dalam proses mengejar kesempurnaan. Aku dah rasa banyak benda, lalui banyak perkara, apa yang baik aku pegang, yang buruk aku buang. Letakkan diri anda di luar sana. Keluar dari muka laptop tu. Timba pengalaman dalam segalanya! Hidup bukan sekadar coretan markah di kertas! Do something u never thought of doing and come out a better person.

PANDANG DUNIA IKUT KACAMATA SENDIRI. BE YOURSELF COZ YOU ARE BORN THAT WAY!

Thursday, March 3

Bila cinta ingin bertamu

JANGANLAH BUAT ORANG YANG MENCINTAI KAMU KECEWA,.,.,.,.,.,.,.


.by Hanz Makio on Wednesday, February 23, 2011 at 3:04am.

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon  untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.


20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.







Hasil Nukilan: Hanz MakiO






p/s: i know, but im not ready, yet.
really sorry...

Wednesday, March 2

Tarian: oda bumi anbia!!


Pergh!!!! 

Janji bukan kemain lagi an… tapi baru nak upload.. hehe sori… ni pun baru je dapat video ni…

Ini adalah persembahan kitorang time FESSAT-Festival sanjungan satria… dan disebabkan ada tema palestin diselitkan, so kitorang decide untuk wat contempt…sigh… seminggu lebih je berlatih.. ada lagi satu tarian tapi tak jumpa video tuh.. lagi satu tu tarian arab… budak2 ni gelek, kemain lagi,… haha!!! tapi best jugak la bila orang arab sendiri bagi standing ovation... pergh!!!!!

Anyway, enjoy this performance… and tell me what u think k.

video

p/s: aku Nampak gemok

Tuesday, March 1

TERjumpa harta karun


Wah!!!!!!!!!!!!

Orang ramai : “syahir!!!! Lawa giler wei!!!!”
Aku             : “makasih , pakai pencuci muka body shop je”…
Member       : “ orang cakap pasal blazer la!”…

(T_T) siot nyer geng…. Nyaris aku ingat diorang puji muka aku tadi. Tapi rupanya puji blazer baru aku rupanya.. hiks ok fine, suka la jugak,,, ahaks!!.. walaupun harga murah, tapi Nampak mahal.. check it out!! \(>_<)/



Agak-agak cenggitu lah rupanya.. baru je 30 minti lepas beli… meletops weih!! Sampai lecturer FSSK pun tetiba tegur ckp blazer lawa… rezeki sungguh… harga ciput jer weih… beli pun terjumpa tersepak dekat PUSANIKA (mall UKM) tadi.. jumpa, sauk, orang puji, terus beli… simple. Huhu.. belum sempat gayakan lagi ye blazer tuh, so nanti lah aku post gambar dia..hehe...




p/s: bak kata elya, biar papa asal meletops!!
Pin It button on image hover
Tweet