The essence of life.
Maaf dah lama bersawang laman luahan ini. Timbul rasa nak menulis atas dasar kelapangan masa dan sesuatu untuk dikongsi. Dari banyak membebel, usikan gurau senda bersama keluarga SANTUN di facebook hinggalah kepuasan melakukan kerja rumah, segalanya jadi intipati cuti semester ini.
Kepuasan bagi saya hadir dalam pelbagai bentuk dan cara. Suatu ucapan ringkas “SELAMAT MALAM” dari seorang rakan, perbualan bermakna bersama seorang teman baru dari singapura atau sedikit senyuman pagi dari insan tersayang mampu ukir senyuman di bibir. Namun satu yang jelas, tiada yang lebih baik rasanya dari berbakti kepada masyarakat.
Baru-baru ini saya sempat bersama kiranya 40 ahli keluarga SANTUN (skim anugerah pelajar yatim miskin cemerlang, yes, it doesn’t cope well with the initials) menjalan Program Sirih Pulang ke Gagang 4 di sekitar Kelantan. Ini mungkin yang keempat bagi mereka namun pertama bagi saya. As for me, I’ve never fond of orphanage as it somehow brings bad omen to me. Never had enough courage before to even attend a simple dinner with an orphanage tapi saya tetap mencuba. Demi keluarga Santun tercinta.
Empat hari yang penuh ranjau. Peserta dari Kuala Lumpur tabah bertahan selama 14 jam perjalanan menaiki keretapi dan setibanya di Kelantan, “Syahir, kitorang rindu kau kat dalam tren tu tau tak. Kalau ko ada, tentu 14 jam takkan terasa.” Ketika itu air mata bergenang seketika secara jujurnya namun tak ingin diterbitkan di hadapan akak dan abang serta adik tersayang. Keletihan semuanya, bergelimpangan terbaring lesu.
Program motivasi kepada pelajar di SK Pendek di Salor. Cubaan pertama diri ini sebagai fasilitator ternyata tidak mengecewakan. Air mata keikhlasan dan motivasi untuk Berjaya timbul di akhir program. I’ve never been so proud of myself. Selalunya saya yang mencaci fasilitator di sesuatu program namun pengalaman sendiri dan pendekatan yang terbaik Berjaya digunakan. Suatu saat indah bersama adik-adik tahun 4, 5 dan 6.
Namun kepuasan atau kenangan terindah pada program kali ini terbit setiap masa, setiap ketika. Ketika berjenaka sebelum tidur berhimpit di ruang tamu, ketika membeli-belah di Wakaf Che Yeh dan Rantau Panjang, ketika bersenda sambil membersihkan perpustakaan sekolah, setiap saat tidak ternilai.
Bagi saya, keluarga SANTUN bukan sekadar sekumpulan pelajar yang hanya menerima anugerah yang sama, namun suatu keluarga yang setiap ahlinya pernah menempuh ranjau perit sesetengah insan akan putus asa tetapi Berjaya bangun dan mencapai kejayaan yang luar biasa. Every single one of us had a humble beginning but now roaring in the highest cloud. Dapat bersama mereka sahaja boleh menaikkan semangat untuk Berjaya.
SANTUN ni bagi aku dah macam family XMEN aku sendiri. We support each other and we do great things together. “SANTUN AND PROUD!”