Adik...Jangan asyik study je ...
Aigoo.. flat –flat knows la kan.. dah beberapa hari aku struggle ngan santun ni… ada yang eager habis nak pegi walaupun tak tau jalan ke stesen maharajalela.. yang tu aku respek.. suatu benda yang tak familiar tapi korang semangat je… memang hati pengembara macam aku jugak…
Tapi bukan jenis-jenis tu yang aku nak khabarkan kat sini… tapi jenis-jenis yang tak kenal nilai pengalaman… sebagai contoh:
A : saya nak study lah.. takleh pegi..
Abg A : adik saya nak study.. kalu boleh tarik diri jelah… kami pun tak pentingkan sgt duit tu..
Ok.. aku respek ayat tu.. tapi kelab santun ni bukan setakat duit sahaja… memang.. mereka masih blum mengetahui… tapi aku dah awal-awal cakap yagn santun ni jugak kurang lebih seperti family angkat kita.. yang suka buat kerja amal.. blab la bla.. tapi satu benda terlintas kata otak mereka.. nak study..
Ya.. semua insan ingin cemerlang.. tapi cara anda salah… hidup bukan untuk study tapi study tu untuk hidup… ilmu ada di mana-mana… bukan sekadar di muka-muka buku… dulu aku pun macam diorang… dari tahun satu hinggalah tingkatan lima, study perkara pertama dalam minda…
Tapi santun mengubahku… mengajarku erti hidup.. hidup bukan sekadar buku… ye… kamu perlu skor exam tapi bukan jadi hamba buku… sejak aku masuk santun, aku tahu tu..
Sejak aku masuk santun, aku tahu bahawa ilmu itu luas, ilmu itu indah… dan aku tahu, pengajar terhebat adalah pengalaman.. ye, pengalaman.. dengan membaca buku je… banyak benda aku dah ketinggalan dulu.. sekarang aku takkan lepaskan peluang untuk pengalaman… aku dah ke banyak tempat.. pelbagai ragam aku Nampak.. pelbagai cara hidup aku tatap.. pelbagai tips kehidupan aku serap.. semua tu takde dalam buku dik…
Adik.. ye, adik nak study… untuk apa dik.. nak ke luar negara?? Nak masuk medic?? Nak amik degree yang bagus-bagus??... ye.. mungkin result adik dapat memuatkan adik dalam apa je yang adik mintak tapi…
Camner adik nak ke luar negara jika sekadar anda hanya tahu kampong halaman??
Apa yang adik nak cakap untuk interview nanti?? Maklumat seakan cetakan buku>??
Tak.. semua tu tiada nilai di mata mereka..
Camner adik nak jadi doctor yang bagus??
Manusia ada pelbagai ragam, pelbagai cara untuk handle… hanya pengalaman dapat mengajar kita cara demikian…
Dahlah.. aku pun tak tahu nak cakap apa dah… dik, study untuk hidup tapi bukan hidup untuk study k…. sebagaimana lab session membuktikan sesuatu teori itu betul.. begitu jugalah dengan pengalaman mengajar kita pelajaran yang paling penting iaitu kehidupan..sekian