Sunday, November 14

Sepupuku Main LRT


Tooot tooottttt…
Aku pernah la pergi melepak kat umah cousin aku haritu… dia bru belikan anak lelaki dia mainan baru.. ala.. keretapi pasang sendiri tu… bukan main lagi gembira budak tu…

Budak: perhatian kepada semua minah2 senget yang nak turun tu sila cepat alihkan bontot anda dari train…kepada budak-budak bengong yang nak naik train tu naik lah cepat sikit..orang dah nak berlepas dah ni..

Aku: fuhhh.. sungguh luas tatabahasa budak2 zaman sekarang..

Cousin: weh… ayah tak ajar ko bercakap camtu…. Blajar mana ni??? Baca blog pakcik ko lah ni…(dush..nak je pelempang muka cousin aku)… ko naik bilik sekarang.. duduk senyap2 dalam bilik sampai la kau insaf…NAIK!!!!!!!!

So budak tu pun naik la dengan muka bengang…

Cousin: astghafirullah… apa nak jadi budak2 skrang..

Lepas dua jam, cousin aku gi mana ntah n anak dia pu turun la main ngan keretapi dia lagi…

Budak: perhatian kepada semua penumpang… coach tgh adalah untuk wanita sahaja sepanjang masa, sila berikan laluan kepada penumpang utnuk turun sebelum anda menaikinya…untuk keselamatan anda, sila berada di luar garisan kuning…. Sila berhati2 dgn penyeluk saku..

Aku; wah… cepatnya tukar mood mamat ni…

Budak: untuk makluman semua penumpang yang bengang dgn 2 jam delay, sila ayah saya yang poyo..

Pipi budak: pang!!!! Merah….

Aku; ouh.. sori dik… lupa nak bgtau ayah awak kat belakang je..

p/s: dont swear...it aint cool...

No comments:

Pin It button on image hover
Tweet