Friday, May 27

Satu Dua Tiga Gila


Tiga hari menggila!!!!!!!!

Hari satu… eh tak, hari SELASA. Saya keluar ngan Faliq si baby face. Dah boring takde keja kat apartment gedabak ni so kuar je la… ingatkan nak tengok Pirates ngan dia tapi… hurmmm… speechless aku…

Hari dua… argh!! Hari RABU lah tu! Keluar ngan Faliq lagi… shopping tak hengat dunia… makan kat oldtown sambil Faliq jadi jakun jap… “wah! Bestlah tempat ni.. siap ada kayu lagi…” *sambil waiter tu pandang pelik sebab kami berdua je, lelaki, pastu dua2 macam jambu je…. (belum masuk kes jantan usher faliq lagi) hahahahahha!!! Then ingatkan nak tengok Pirates gak tapi tak sempat. Kuangjaq nyer kaunter GSC!!! Tak sampai 2 saat tiket reservation (tau la, yang dia bukak 30min sebelum wayang start tuh) habis terus!! Aku dah beratur ikut timing baik nyer sebab tunggu tiket2 tersebut tapi disebabkan computer lambat loading selama 2 saat, aku melepas!! Usonofvavitch tul lah sesape yang lintas aku dan amik semua 8 available seat tuh… grrrrr

Hari KHAMIS aka hari ketiga aka hari nikmat… disebabkan kefrust-san melampau dah banyak kali melepas nak tengok Pirates (semenjak Wan dan Detectif Conan tak tepati janji), aku ajaklah si gemok Syana. Dia nak tengok Kungfu Panda jugak so kitorang layan 2 movie terus… hamik kau usonovavitch!!! (tapi peliknya dua2 cerita ni ada adegan “titisan air”. Tak faham? Sila tengok sendiri)
saje taknak edit kasi cerah sebab takut syana dikejar peminat aku.. ahaks!

Time paling best harini adalah time Amazing Race Asia jap ngan Syana. Camni citer dia, Kungfu panda habis jam 3setengah camtu lah. Then gi solat. Pastu gi Pavi untuk makan pizza SEMATA-MATA! Habis makan pizza tuh dah jam 5ptg. Movie jam 5.30. Syana kemain laju lagi naik tingkat 5 Pavi untuk gi solat. (sejuk hati mak dia kejap). Tapi sempat je stop jap amik gambar surau yang cool tuh. Haha . then lepas solat dah 5.15. dalam masa 15 minit, aku asyik nak gelak je sebab melayan karenah si gemok berkejaran taraf Amazing Race betul lah! Siap race naik tangga lagi. Semata untuk satu movie….
ini bukan syahir... ini syark.. syahir lagi hensem

Tapi bila sampai je kat GSC (dah la salah level pada mulanya), jam 5.30. fuhh.. sempat…. Tapi tengok-tengok hall pun belum bukak lagi.. tunggulah kami sepuluh minit kendian baru leh masuk… DOWN!!!!!
                                  
Balik umah terus dia tulis status ni..

 gilo ponek (penat ok, bukan konek atau typo atau benda2 lucah lain yang aku tak pernah piker)  melayan Kim Dong Joon(aku lah tu)...siap sggup g pavi semate2 nk mkn pizza...adegan keja mngeja pon ade taw..laen kali ak plak teman ko yer..:p
p/s mak ak xcited sbb akhirnya, dpat jugak tgok ak klua ngn lelaki ber2....tu yg x kene marah dowh balek lmbat...wahahahahahaha~~ adoila~” (sejuk lagi hati mak dia. Hahahah)

Sunday, May 22

Inang dan Joget di Ayer Hitam!


Jam 9 pagi bertolak, dan jam 2.30 pagi sampai kat UKM balik.

Penat kot! Sempena OPKIM kat Ayer Hitam kelolaan Unit Kebajikan Pelajar UKM, kami para penari (macam vonggah je bunyinya) SANGGAR CITRA dijemput untuk membuat persembahan pembukaan. Aigoo. Gaji like like je la tapi at least ada gak benda nak wat. Hahaha.

Tapi sepesel nyer kali ni, yang menari tuh semua junior junior je. Yang SENIOR (senior ye, bukan tua Bangka tak sedar diri gemok) duk tepi dan tengok je. Hohoho.

Ramai gak member aku pergi. Cik Dijah Zaki (minah gemok pakai spek yang berkenan kat orang tapi tak dapat tuh) coursemate aku pun ado. Cik Syaza Amira (salah sorang mangsa lelaki kemeja putih yang Rebecca sangat!) pun ado. Siap buat persembahan lagi. Lagu Sempurna dan jugak Kalau Berpacaran. Tapi cian dia, lagu yang first tu suara cam pompuan baru lepas kasi blowjob disebabkan mic yang mengile. Ada jugak si Ismeth ulam raja dan Zhaffran (budak kelas BI aku). 

Huhuhu. Fun tapi letih la. Dan jugak memandangkan kelab kami pun perlukan duit, Semua setuju je kalau ada persembahan. Begitu juga semester depan. Im looking forward for shows je. Pertandingan? No way! Sah sah lah kolej tu je yang menang.

Friday, May 20

Sindrom Budak Single


Orang cakap aku tulis blog cam boring jer so aku try tulis pependek skit bole?
1.   
Takde orang teman makan
Ni part yang aku pantang ni. Makan sorang. Loser giler beb!!! Tapi nak wat camner. Dah namanya single. Nak ajak member kang takut ganggu diorang lak. Takpelah, tengok wak akfe pun jadi!!!!

Buek!!!! I DID NOT JUST SAY THAT!
2.  
Online sepanjang masa
Kata single, so tak payah lah nak kuar gi dating. Ada kesempaan je bukak laptop, tekan bookmark Facebook… senang citer. Tapi makin lama makin boring. Noti plak makain kurang. Time takde noti tu mula lah spam wall orang. Ish. Tak pun like je page member. Semua status dia like. Even orang kata “Gi matilah kau shaiton!”, pun dia like,

INI BUKAN SAYA ATAU MANA2 INDIVIDU DALAM HIDUP SAYA. KBYE

3.     
Lambakan duit dalam ATM
Kalau korang pernah dengar orang cakap, “Ish, budak tu buat apalah dengan duit JPA dia, dah habis, padahal aku banyak lagi”. Itu bukan tanda mereka pandai jimat ye. Ish. No no! itu tandanya mereka SINGLE.

AKU SINGLE PUN HABIS GAK> AMACAM TU?
4.  
Mulut manis kat semua orang
Dah letih nak bermulut manis ngan teddy bear birthday gift kat bilik, habis semua member dia di refer  ‘SAYANG< DARLING< HUNNY< BABY’  kalau tak BABY, VAVI pon boleh! Hahahaha. Bukan setakat member, tak pasal akak kerja 7E tempat diorang beli krim jerawat pun bleh terjatuh hati. Dan timbullah plak pelbagai kes “bagi harapan” kat orang. grrrr

ini bukan mulut manis. kbye
SAYA SUKA TEDDY BEAR SAYA> SERIUS!

5.     
Tulis benda ngarut kat FB atau blog
Disebabkan masa terlalu banyak, noti fb pun dah dilayan, citer korea pun dah habis tengok, komik pun habis baca. Boring. So diorang pun tlis lah benda ngarut macam “sindrom single” atau “kisah cinta terhebat” atau “tak sangka ko jadi laki aku” kat FB atau blog.

asalkan blog tak bersawang sudah
OH NO NI BUKAN BENDA MENGARUT. DAN AKU BUSY LAH!

Tuesday, May 17

Benda Common time short sem

Pendedahan terbaru!!!!! Hasil pemerhatian dari kaca mata pemberita Manggis..

Dalam ramai orang tengah sebok bercuti, mencari kerja, ada gak yang bernasib ‘vaik’ kena buat short sem, sem singkat, sem tiga atau jugak ‘cara university untuk tidak Nampak macam terbiar’ sem. Tapi bila terperangkap dalam’situasi’ tersebut, korang mesti akan terlintas dengan perkara2 ini.

1.     MUSIC KUAT DARI BILIK SEBELAH.
Vajet (very bajet) orang lain takde yang menghuni blok hostel tuh, so ada la sorang dua hamba GAGA ni pasang stereo baekk punya. Atuk umah sebelah yang pekak tu takde pekak camtu.

2.     FAKULTI YANG DULUNYA CERIA NAMPAK MACAM RUMAH MAYAT.
Kemon lah people!!! Dah tak ramai insan bertuah tu, memang lah takde orang kat fakulti tuh. Cleaner pun di-reduce kepada setengah. Sawang merata-rata. Kafe yang terbiar. Jangan ada pak cik takde kepala tegur korang sudah.

3.     MAMAT HOT MAIN BOLA DIGANTIKAN DENGAN PAKCIK TUA JABATAN PERKHIDMATAN PELAJAR.
Kisah memang sahih benar. Kalau time semester biasa tu, even kelas ada pun sanggup ponteng turun padang. Bersukan lah konon. Kalau betullah bersukan takdelah kes jogging langgar tiang. (bukan aku). Kaki melangkah ke depan, mata kiri kanan tengok minah2 hot jogging n main badminton. Ngeee. Tapi sekarang jogging pun makin laju sebab geli tengok pakcik buncit tak pakai baju main bola… euuwwwwww
sangat HOT!!!!!!!!

4.     TAK GLAMER KAT KAFE MACAM SELALU.
Time semester biasa bukan main glamer u’olls. Masuk kafe je semua tegur. “eh syahir, Nampak hot doe kau!!” , “eh syahir! Sihat?” “syahir, takde kelas ke harini”. (ini syahir lain, bukan aku)
Tapi sekarang, masuk kafe je semua muka tak kenal. Mana taknya. Pendatang kolej mana ntah yang menumpang kat sini. Kekwat lak tu dengan aku. Lempang sesorang baru tau.

5.     MAKANAN MAKIN LAKU.
Tak caya cuba gi kafe korang pukul 3 ptg. Ada lagi tak makanan? Takde kan. Tu maknanya kafe korang tu makanan makin sedap. Makin laku! Bukan sebab wak kafe malas nak buat makanan sikit atau student lain terdesak sebab kafe lain tutup. Tak tak. Bukan sebab tu.

laku sampai camni hah berebut makanan.


apa lagi benda common time short sem korang?

Sunday, May 15

EDISI SYAHIR; My Playbook


Dah tengok HOW I MET YOUR MOTHER season 5 tak???

Tak? Tak kesah pun. Tapi yang aku nak cakap kat sini, ada satu episode tu si Barney (Neil Patrick Harris,gay yang berlakon playboy tuh) tunjukkan THE PLAYBOOK!!! Seleksi cara dan tips mengorat yang 100% MUNGKIN Berjaya. So camner kalau kita orang Malaysia pun nak buat gak The Playbook tuh?

Hoho! Jangan risau. Dengan hanya rm39.90, The Playbook [Malaysian] boleh didapati di pasaraya berdekatan anda!

Takdelah. Merepek je. Anyhow, aku ada lah ter’perasan’ beberapa tips meng’ushar’ yang popular di kalangan rakyat Malaysia.

THE 3 STEPS.
Boleh diamalkan di mana sahaja, tak kira masa, ketika berjalan atau sedang mengunyah.
1.     Aim timing yang betul untuk orang tu pandang kita.
2.     Tarik nafas ala-ala kamu sedang menikmati sesuatu.
3.     Hembus nafas sambil pandang tepat ke mata dan senyum ala2 ikhlas.

Kenapa? Satu sebab ianya boleh bagi impression yang kita macam betul-betul terpesona kat orang tu. Duanya sebab senyuman ikhlas mampu cairkan hati orang. Tiganya sebab eye contact yang memukau.
*make sure nafas tak berbau kalau jarak dekat.

THE GENTLEMAN.
Boleh diamalkan oleh yang bukan muka jenis tak semayang dan juga yang pandai menjaga kebersihan diri.
Untuk Berjaya, gantikan perkataan ‘awak’ ‘churp churp’ dan juga ‘phewitt’ dengan ‘cik’. Jaga tutur kata dan selitkan dengan beberapa idea yang boleh dianggap high class.  Sebagai contoh, nak order kat Pizza Hoot.
“cik, boleh bawakan satu Creamy Carbonara with fettuccini and cheese sprinkles. Itu sahaja, terima kasih”. Sambil senyum.
Dan bukannya,
“awak, churp churp(bunyik tikus tuh), saya nak yang ni satu, tapi kurang pedas, pastu nak yang nipis macam kuey tiau tu ek. Tak nak yang mee tuh. Then japgi taruk cheese lebih sikit ek.” –not cool.

Kenapa? Satu, perempuan sangat suka rasa dihargai jadi dia lebih memilih orang yang mudah menghargai walaupun sekecik mana pun hal tersebut. Jadi, penggunaan bahasa yang sopan dan juga menghormati even waiter kepsi, menunjukkan anda menghargai pekerjaan waiter tu. Lagipun, ada ke orang yang tak suka gentleman?

MR SENSITIVE.
Boleh diamalkan sekiranya orang yang ditackle itu bukan jenis pengkid atau b***h yang tak berhati perut sambil bajet muka tahap Angelina Jolie.
1.     Stalk FB orang tuh. Atau bagi yang first time nak kenal, prihatin terhadap apa yang orang tuh tengah buat.
2.     Then show interest atau cakap pasal sumthing yang dia tengah buat tu. Katakanlah dia sedang belek novel,
“owh, Sophie Kingsley, macam menarik, dah baca? Ok ke ceritanya? “

Dan bukannya,
“Euwww!!! Confession of shopaholic? Bukan dah lama ke? Best sangat ke? “ –not cool at all dude.

Kenapa? Gurls selalunya akan mencari suatu topic untuk diperbualkan bersama. Jadi sekiranya anda sudah pun memulakan bicara dengan topic yang dia gemari, markah bonus!

PHYSICAL OVER THEORETICAL
Boleh diamalkan kepada insan yang selalu dikelilingi oleh kota. Contohnya orang yang dah asyik pergi mall je.
Apabila sesorang sudah terikat dengan sesuatu yang rutin (contohnya setiap kali dating je gi mall), aktiviti seperti berbasikal dan berkelah atau berjoging mampu menambah daya tarikan.

Perempuan lebih mudah menghargai sesuatu kenangan dan suatu kenangan yang  lain dari rutin harian akan terlekat kat kepala macam glue. Setelah penat berbasikal, rehatlah di bangku berdekatan sambil berborak.

DIRECT, KOREAN STYLE
Boleh digunakan kepada kebanyakkan manusia di Malaysia ni. (dah terlalu ramai peminat korea zaman sekarang).
Wanita sukakan kejujuran. Tapi takleh jujur sangat macam tunjuk kaler seluar dalam sendiri (bukan aku). Jujur maksudnya disini adalah lelaki yang berkayakinan untuk cakap yang dia suka kat seorang perempuan tu tanpa perlu date lapan belas kali. Scene lelaki jujur banyak dalam cerita korea dan perempuan selalu tangkap lentok. Contoh:

Korang dah sekelas satu semester, kemudian kamu datang ke meja dan cakap “maaf, saya rasa saya suka awak. Boleh tak kita keluar minum suatu hari nanti?” . yeah, perempuan tu mestilah terkejut berukben time tu tapi kemudiannya mesti dia tersenyum sorang sorang dalam bilik ingatkan kamu.

Tapi apa cara yang digunakan pun, tak Berjaya kalau anda sendiri pun tidak selesa dengan diri sendiri. Love yourself so that others can love you.
Pin It button on image hover
Tweet