Thursday, May 5

Hari terakhir di UKM


Byebye UKM!!!!!

Sekian sudah bengkel koir bersama abg roy azman dan rosli ahmad. Best habis!!! Suara pun dah rasa tak sama macam dulu. Dah garau giler. Hahahahahhaa. mana taknya, makan nyanyi tido makan berak dan nyanyi lagi. Penat tapi worth it.

Hari terakhir di ukm yang penuh misteri…..
Habis je persembahan koir , aku ngan budak2 pompuan gi la alamanda bajet nak tengok Laju dan Bengang 5. Masuk je parking, terus dapat parking depan pintu masuk. Bertuahnya kami. Kemudian pergi terus ke GSC namun hampa sebab malam tu cerita tersebut tidak ditayangkan.
So kami pergilah karaoke kat atas tu. Book sejam. Nyanyi punyer nyanyi punyer nyanyi macam tak ingat dunia. Al maklumlah suara semua orang masih dalam pitch katanya. Haha. Then sorang mamat masuk,

Mamat: bang, masa abg tinggal 10 minit lagi, abang nak tambah masa tak?

Aku: tak payah lah kot….

Then mamat tu blah. Kami pun teruskan lah menyanyi kan. Lepas satu lagu satu lagu. Sampailah satu tahap tu kami semua pelik. Bila diorang nak off ni? Lamanya 10 minit. Tengok jam, dah terlebih 30 minit sebenarnya. Dengan bengangnya (bajet receptionist nyer salah lah, kitorang terlebih nyanyi) kami gi ke kaunter. Kalau kena charge lebih memang bengang la kan. Sesampainya di kaunter,

Aku: akak, memang benda tu tak off sendiri ikut masa ke?

Akak: eh, tapi adik memang ada tambah lagi satu jam kan?

Aku: tak, (cuba meyakinkan)  camni kak, tadi ada orang akak datang kat kitorang Tanya nak tambah ke tak kan? Tapi kami cakap taknak tambah masa. So camna sekarang ni? 

Akak: ya, betul tu dik. Tapi on the last song (cakap omputih lak dia) member u yang datang tambah masa.

Pelik. Kami berempat duduk dalam bilik kecik tuh sepanjang masa. Takde sorang pun yang keluar walaupun gi tandas. So dengan kepelikannya aku bertanya lagi.

Aku: tapi kak kami tak nak tambah pun.

Akak: member u yang lelaki pakai baju kemeja putih dtg bayarkan. Tambah sejam lagi. Bilik 321 kan??? A’ah, betullah. dia cakap dia kawan korang.

Aku: tersalah kot kak….

Akak: takdelah. bilik lain memang takde orang guna. Bilik u je yang ada. Takpelah dik. U bukan kena bayar pape pun. Ok?

So kami pun blah dari situ. Semakin lama semakin timbul perasaan ingin tahu siapakan mamat kemeja putih tu. Sambil jalan jalan kat Alamanda mata kitorang berpinar mencari mamat tu (sebenarnya diorang nak tahu mamat tu hensem ke tak). Si Alia, Syaza dan Jess asyik ungkit pasal Rebecca (minah psiko dlm citer The Roomate) dan juga blame aku sebab ramai sangat scandal. Maybe salah sorang skandal aku? Tak tahulah.

Mulanya aku anggap itu sebagai rezeki kami je. Tapi kemudiannya timbul lagi insiden duit terlebih dalam akaun bank tanpa diketahui siapa yang masukkan. Semua budak perempuan dah cuak dah. Dan, selepas je kami makan malam di Bangi si Jess(minah rabun ni memang blur skit) bersuara,

Jess: eh, wait! Korang ingat tak time kita keluar dari bilik karok tu, kat hujung hallway, kat kaca tu memang ada sorang mamat pakai kemeja putih. Walaupun I tak pakai spek time tu tapi I Nampak dia senyum time kita keluar tau.

Kemudian semua senyap sampailah balik ke UKM.



ini kisah benar, nama yang terlibat pun benar, sumpah tak tipu

5 comments:

Nik Husna said...

so who is it?suspen gile...

syarkwasangka said...

husna.. seriusly dunno

~journal BMMM~ said...

eeii seram. aku ad dengr agi satu story ni kat red box pon misteri gak...

WAQI' said...

gay kot lelaki kemeja putih tu,,,,,,,,,maklumlah akhir zaman ni rmai yg gay

mtbink.com said...

banyaknya skandal Syahir...

Pin It button on image hover
Tweet