Sunday, September 5

Mysoju-KU


Mysoju oh mySOJU..

 Kenapalah kau baru hadir dalam hidupku..
Saat aku sepi,
Di mana kamu??
Saat aku mencari,
Dimana kamu??
Kenapa baru kini aku mengenalimu???
Setelah sekian lama aku terpinga inginkan bantuanmu…
Ttettttttttttttttttttttttt….
Sudah sudah!!! Jiwang lebih pulak. ..sebenarnya dalam entri ni aku ingin perkenalkan kepada korang tentang mYSOJU…laman video-video bagi drama-drama yang top-top dari korea,jepun dan Taiwan…
Apa yang ada?? Korang kenal tak “Personal Taste”, “You are Beautiful”, “my girlfriend is a nine tail”? kat sini menyajikan semua drama tersebut secara percuma. Masyuk!!!! Kenal “ Queer as folk”?? tak, cerita tu takda kat situ. Maaf.
Sebenarnya aku pun baru kenal webpage ni. (ini tandanya aku kolot ke apa) … diperkenalkan oleh pensyarah math Uitm di hatiku ,Cik Bushra Abdul Halim, yg juga bekas pelajar UKM..(terbalik pulak kes aku).. barulah hidup aku rasa bermakna… tak payah susah2 cari dalam youtube lah… whatever lah… tengok je kat situ.. sonang…sekali lagi..TERIMA KASIH MISS BUSHRA!!!!
Nak ushar jugak?? Klik ni.http://www.mysoju.com/.

Keletihan serta kelesuan= mau tido dah


Burrrrrppppp!!!!!!!!!
Maaf…kenyang sangat…
Mana tak nya, berbuka ngan jom jimat set A dan garden salad, pastu di balas pulak dengansahur bersama garden salad dan sandwich “simple je” buatan chef Yanie..gembira lah perut oi…
Tettttt…. Tak faham?? Anda keliru??? Jangan biarkan anda dibellengu mis…misinterpretation….

Begini kronologinya,
0700 pegi ktm untuk ke Bandar tasik selatan..(awal amat, tak sangka aku bleh bangun)
0800 tunggu ktm..masih lagi segar dan bertenaga ingin jumpa ibunda..
0900 tiba di pangsapuri Malaysia tambahan…tempat abangku ‘menetap’..
0900.01saat... peluk mak.. yeay!!!!!!!
1032 mula bergerak ke midvalley… abg antarkan…
1050 tiba di Mid..ma meneruskan perjalanan ke Kleantan bersama abangku..sedih balik…
1100 berlegar di MPH, baca komik sambil tunggu Rizman tgk movie(kuang asam tul) dan team ktho          untuk sampai
1325 ketemu bersama team ktho,(Chef yanie, Kak ain, Wan, ustad, dan budak Kelantan)…
1330 berpecah dan aku pegi gunting rambut
1400 berkumpul balik dan aku ngan Rizman berlegar2…sempat posing amik gambar…
1450 aku bertemu balik dengan team ktho dan Rizman beransur pergi ke jln TAR dgn gf2nya..
1500 solat serta teruskan misi berlegar2…beli bju untuk adikku..(thanks tau tolong pilih)
1600 berlegar2 di the gardens ..posing lagi…(yanie takut tinggi)..lalallala
1800 bebudak perempuan pegi chop tempat kat KFC sambil aku wan dan ustad pegi cari bju(x beli pun)
1925 berbuka dengan makanan kfc.. makan secara abnormalnya…
2000 solat serta teruskan perjalanan ke ktm…(sempat lagi posing dan beli rotiboy)..
2100 naik tren ke Ukm.. (sambil tunggu pun posing lagi)
2200 tiba di ktm UKM…alamak! Ramainya orang…
2300 tiba di ktho…Alhamdulillah…
0000 turun ke kafe untuk bersahur dengan garden salad(dibungkus tadi) dan sandwich oelh chef             yanie..(gila la rebus ayam dalam water heater)..
0124 blog ini dikarang dan BURPPPP!!!! Kenyang…

p/s: kalau mau lebih detail sila rujuk blog2 mereka yang terlibat …

Saturday, September 4

::Blog list::



Salam ramadhan, salam aidilfitri…
Wah..Ben membuka peluang kepada blogger baru untuk menyerlah!!!...respek…gratis…. aku sebagai “adik-adik yang baru nak naik” ni mestilah teruja amat…
Seperti yang anda sedia maklum, blog ini merupakan nukilan ikhlas dari hati seorang pelajar universiti, yang penuh(pernah ke) dengan nilai kehidupan. Saya juga turut memuatkan segala aktiviti yang berlaku di sekitar UKM, fakulti kejuruteraan dan alam bina dan Kolej tun Hussein onn…
Menjadi perencah dan penyeri blog ini, saya turut memuatkan segala macam idea yagn timbul di benak otak dan pemikiran Ahmad Syahir Ibrahim, seorang pelajar UKm, perserta Kelab SANTUN,Anak KELATE dan seorang rakan. Selamat hari raya dan SALAM perpaduan. Jom meriahkan raya anda!!
Jadi, Encik Ben Ashaari,anda berminat dengan blog saya??? Teringin amat jasad ini untuk hadir di ruangan TULIS DIARI..sekianhttp://www.benashaari.com/

Friday, September 3

Kehampaan Hari Jumaat

Hatiku hampa….

Pernahkah kau merasa… hatiku hampa.. owh pernahkah kau merasa…tiba-tiba je nyanyi lagu ungu..apehal??? apekah??
Mari mari .. dekat dekat… cik adik cik abang…yang jauh datang dekat, yang dekat kita rapat-rapatkan…mari sini saya ingin bercerita… kisah hati hampa pelajar biologi dalam bidang kejuruteraan…

Hari ini, 3 september 2010… beberapa kali hatiku hampa…eh, tak..empat kali je…

USUL SATU: semalam aku dan kekawanku dah rnacang baik punya program hari ini untuk kitorang bersama-sama ke bazar, bergurau senda, beriang tawa…tapi kini bermasam muka la pulak.. kenapa?? Sebab semua plan terbatal lantaran tiada kenderaan.. sedih amat.. semua plan.. semua cita-cita… terbang ditiup angin ramadhan..

USUL DUA: hari ini kolej Tun Hussein Onn buat bubur lambuk..(buat ke beli entah) dan sepatutnya semua orang dapat bahasian masing-masing lah… jadi saya, dengan hati yang girang… pergi lah ke dataran canseleri tu untuk ambik bubur.. sampai tengah jalan, terjumpa Hakimi Nakajima dan Uncle Bahar…”ko nak pegi mana??”.. “aku nak gi amik bubur la pandai”…”takyah..abaikan…dah habis dah pun’… HAMPA HATIKU…

USUL TIGA: Ibunda yang tercinta nak datang ke bumi KL untuk pick-up abg aku dan kereta kelisanya(yang sepatutnya aku dapat) untuk dibawa balik ke Kelantan… girang rasa hati ingin berjumpa beliau namun…HAMPA HATIKU…malam ni ada test mid term Matematik Kejuruteraan Kalkulus (miss Calclueless) sehingga jam 2200…last tren ke Bandar Tasik Selatan pulak pukul 2300..tapi memang tak sempat langsung la nak punggah pakaian dan pegi ke stesen..jadi, HAMPA HATIKU..

USUL EMPAT: mid term Miss Calclueless… masuk je jasad ini ke dewan dengan penuh semangat…tengok soalan, masih bersemangat (dah study ni!)… jawab je soalan..PUNAH DUNIA… berpinar mata ku..tapi keluar je dewan.. semua gembira..soalan senang katanya…sekali lagi,HAMPA HATIKU…

Teladannya…budak bio jgn gatal nak amik bidang fizik, rancang perjalanan setelah memastikan perkara utama sudah confirm, dan lajukan diri untuk subjek makan..sekian..

..Be innovative..



TOTALLY TAK SETUJU AMAT!!!
Alkisahnya macam ni…. Di suatu petang yagn hening, belayarlah aku merentas internet mencari gambar yang chumel2… dan tetiba terlintas gmbar ni… first impression?? WHAT THE FISH!!!
Kalau korang tgk dan fahami serta menggali lebih lanjut dengan bersuluh spotlight , korang akan faham apa yang dia maksudkan…lain lah kalau anda semua hidup di celah batang pokok for the last 18 years…tertulis…secara translasinya…”kita akan jadi pandai kalau tidak fikirkan perkara-perkara bodoh”… im so very very totally absolutely disagree…
To be a great and innovative person, everything sparks from an idea…. An idea that comes in all possible ways..including daydreaming and fantasizing… dan setiap idea itu pada ketika itu dianggap sesuatu yang bodoh… imagine… thousands years ago, a man said “don’t be so stupid, of course man cannot travel by air” or “of course metal will sink in water u stupid”…. Tapi sekarang…. Kita ada kapal terbang.. kita ada cruiser yang beratnya beribu tan tapi berlayar 7 lautan tanpa tenggelam..something so significant that started with a silly thought “Hey, I want to fly to”… dan jugak related dengan assignment aku baru2 ni… Nikola Tesla, wizard of thunder, yang mencipta ac circuit pun dianggap gila dgn dunia gilanya namun semua yang pernah dia bygkan wujud dlm teknologi sekarang… dan lagi satu... kalau kita ni smart sangat so kenapa perlu belajar???
So, correction, “U ARE NOT SMART IF U DON’T THINK STUPID”…
Pin It button on image hover
Tweet