Friday, March 9

I stalk your profile - Jazz Hayat

Ohhh..
Ini kisah sedihku..
Aku mengharapkan sesuatu yang tak pasti..
Disaat kau di sisiku..
Hidupku terasa indah
Hidupku penuh warna warni seperti pelangi..
Ku akui ku rindukan mu,
Saat kau tiada di sisi
Hancur hatiku bila kau sudah berpunya..

Saturday, January 28

Kawan dan Kawan, tapi Hasilnya Mungkin Lawan

Judi Cinta, Persahabatan jadi taruhan.

Jika engkau minta intan permata,
Tak mungkin ku mampu,
Tapi sayang kan ku capai bintang,
Dari langit untukmu.

Syahir dah tak terpisah dari perihal cinta cintun ni. Walaupun empunya badan membujang sudah lebih dari setahun, topic cinta tetap juga singgah di hati. 

Friday, January 20

Hari hari terakhir semester 1


Friday, page 20 of 366.

Exams are over with. Tapi aku masih di UKM. Kalau korang tanya aku beberapa minggu dulu, aku nak balik rumah ke tidak, aku akan jawab ya, tapi sekarang, bagai gugur seluruh jantungku nak tinggalkan UKM ni. Why? I don’t even know. Shoot me.

Sunday, January 15

Weekend of Celebration and Sorrow

Cakes and celebration.

At last! That shorty I call lab instructor passed my lab project! Yes, I still have presentation and projects to attend to during my finals and study week. Sangat suck ok. Tambah lagi bila lab instructor berlagak lebih dari penyelia tesis.

Tapi Alhamdulillah, projek dah lepas. Terima kasih kepada lab partner aku yang setia bertahan dengan diri yang perfectionist ni. LOL. Jadi, untuk meraikannya, keinginan untuk makan kek meruap-ruap timbul.

Antique Bakery. Pernah tengok? Adalah suatu cerita adaptasi dari manga jepun. Dan sama seperti Boys Over Flowers/ Meteor Garden, cerita tu dah diadaptasi kepada cina, korea dan jepun. Meletup tapi belum sampai ke Malaysia disebabkan sesetengah content yang melampau. Anyway, it made me crave for a cake even more!

Dari petang sampai ke malam, aku mencari insan yang biasa menemankan aku meraikannya. Semua sibuk katanya.Takpelah, exam lagi bukan? Mungkin mereka ingin luang masa UNTUK BELAJAR sendirian mungkin. Jam 1 pagi, budak kuliah ajak ke KLCC esoknya. Alhamdulillah.

Sabtu, page 14 of 366.
Kemasukan percuma ke Petrosains. Yeah! Terima kasih kepada volunteers Petrosains yang hot-hot semuanya, I had a great time with puzzles and riddles. Tak dapat cake, tapi dapat makan ayam penyet ultra pedas. ULTRA PEDAS ok! Dan atas dasar sengaja nak bentuk kenangan, budak2 ni tonyoh sayur kat sambal yang pedas giler tu dan cabar aku makan. Paling tak tahan, diorang sorokkan lagi air aku! Haha.
Makan dan berpeluhlah ala berlari

Sampai ke bilik, terlintas sesuatu yang menyedihkan. Mujur ada Ucena, nanti kita date dengan yang lain ye Ucena. Sempena celebrate the end of semester for the both of us AND ALL FRIENDS THAT COULD SPARE SOME TIME TO JOIN US. Lagipun, aku masih mencari kedai/café yang bagus untuk makan kek.

Diri bukan durhaka,
Kata tiada sempurna,
Sekurangnya aku mencuba,
Apa daya dalih tidak diterima.

Wednesday, January 11

Pelik. Who is it?


Tanggal 11 Januari. Page 11 of 366.

Tidur jam 7 pagi, bangun balik jam 11. Awal. Selalunya jam 12 masih membuta lagi. Study ke semalam? Bukan, dada masih kebah dengan beratnya study differenSial Equation beberapa hari lepas hingga teda ilham untuk study Analog ni. Jadi semalam? Movies. Layan New Year’s Eve di Midvalley dan baliknya layan lagi American Pie. Haha. Bak tweet Thiru. “I cant study, I cant sleep, I cant laugh, I cant feel anything”.

          So, been up early (YES, 11am is early in student timezone) was due to Ucena calling me for an early lunch. Well, for me its brunch but whatever. Dia datang dari UKM KL ke Bangi ni. I’d be a bad host kalau tak teman dia at least for lunch right? Gigih aku bangun, gosok gigi, dan turun ke kafe makan bersama beliau. Kemudian lepas tu dah takleh tidur balik. Crap.

          Put on the “Survivor/I will survive” by Glee on my mp3 and pack up my notes. I need to put an end to this funk (that sounds cooler as monolog) so I decided to go to the library to get a change of scene. Study scene. And to cuci mata a lil bit. Hello, Captain Obvious! On my way there, terjumpa Acap, Jijah dan Shafiq tengah study kat FSSK (Fakulti Senang SKor). Acap kata, “Study lah sini, boleh melalak”. Nah, tak hirau.
Dua jam di library. Tempat biasa. Penjuru kanan tingkat 3. Tempat yang agak tersorok. Beberapa buah meja sahaja di sini. Di kelilingi barisan demi barisan rak-rak jurnal. Aku dan sorang lelaki sahaja yang ada. Getting bored. Dari tadi tak henti2 study. Gatalnya tangan nak on Tweetdeck tu tuhan je tahu! So, sumbat earphone, mainkan lagu How To Save A Life- The Fray. Little did I know.

A tap on the shoulder. Scared the hell out of me! Tetiba lelaki tu kat sebelah. Katanya tak elok menyanyi dalam library, nanti kena marah. Eh, aku menyanyi kuat ke? Adoi! (monolog lagi, sila bertahan). Mintak maaf. Dia senyum. Hurm, elok jugak rupanya. Kelihatan macam mix malay-chinese. Tapi mejanya penuh jurnal. Masters mungkin? Doesn’t matter, epic cuci mata is epic.

Jam 7 petang.
Secara tiba-tiba aku tersedar. Tertidur mungkin. Tapi dari jam berapa, aku tak tahu. Looking around me, where the heck does all these people came from? Ramai. There’s no empty seats left. Blah Syahir blah! Malu doe ko tidur je depan orang nak study (ya, memang best monolog banyak2 ni). Terus kemas barang.

Ada air Livita belakang stand buku aku. Sumpah seingat aku time aku set up stand buku tu memang takde pape kat belakang tu. Lagipun Livita kot! Mana pernah aku minum bendalah tu. Lagi hairan, Livita tu tak terbukak pun lagi. Ini meja aku. Takde pulak orang lain datang study sama. Langsung tiada sebab kenapa someone boleh ’tersalah letak’ air tu kat sini. Tapi kenapa? Kenapa?

Malas nak fikir, dah alang2 kemas meja tu, aku ambik je air tu. Rezeki. Bukan murah Livita oi! On the way ke lif, terjumpa lagi lelaki mix  yang tegur aku tadi. Dia senyum lagi. Tapi kali ni pelik pulak senyumnya. Gelakkan aku lettew!


Sampai bilik, aku terus tulis ni. Banyak benda bermain di minda sepanjang jalan tadi. Orang hadiahkan ke? Kalau ya, siapa? Dan kenapa? Yang penting, SIAPA?

Pin It button on image hover
Tweet