Tuesday, August 16

Guide:Urban Kota Bharu

The place to be….
                Youngsters in Kota Bharu differs to none from those in KL. Mencari keseronokan dan entertainment, walaupun dalam kuantiti yang lebih bersederhana. Kota Bharu, sebuah bandaraya Islam turut mempunyai beberapa tarikan yang mampu memenuhi kehendak remaja masa kini. The urban side of Kota Bharu is revealing, inch by inch.

RIDEL HOTEL.
Sebuah hotel unik yang diubahsuai dari deretan blok komersil yang berhadapan dengan Sungai Kelantan. With its riverview scenery, it ought to attract city dwellers to hang out. Bagaikan deretan kedai di Gurney Drive,Penang, Hotel Ridel menjadi titik penting perkembangan pop culture di kalangan anak tempatan.

If you happen to have a chance to spend a night in Kelantan, it is the place to be. Hang out, meeting some friends, menyaksikan kepelbagaian aksi dan lagak manusia yang memberikan warna kepada malam suram di Kota Bharu. Di sini juga tempat berkumpulnya penggemar basikal ‘pixies’ di Kelantan. With an average a hundred of those bikes meeting up in a place, pelbagai ragam boleh ditemui.

Looking for new clothes to swag on? Beberapa butik yang bersifat urban seperti FASHIONISTA juga terdapat di sana bersebelahan dengan a new arising male tailors shop.


The Dirt:
            Dalam erti kata lain, Hotel Ridel juga tempat paling social di Kota Bharu. Budak-budak pixies berarak bagai nak rak. Buat aku sakit hati je. Pedestrian pun hamper kena langgar ngan budak-budak ni. Orang kata “Takpelah, dah diorang minat berbasikal”. Ya right! Tapi kalau dah berkumpul macam harem tuh, dah kira menganggu orang ramai. Dah la kebanyakannya budak-budak muda yang masih di bangku sekolah. Jam 3 pagi pun masih tak balik rumah lagi. This is one of the reason I hate those bikes.
            Aku sendiri baru sekali lepak di Hotel Ridel. Kebetulan member yang baru balik dari US ajak lepak selepas berbuka puasa. Terkejut tengok tempat tu. Dah macam sisi gelap Jalan Bukit Bintang aku tengok. Di bulan puasa, golongan anak ikan, akak-akak hensem berkumpul di situ. Ada jugak terlintas kelibat minah-minah rempit yang berpakaian lebih teruk dari menjolok mata.
            Jadi, sekiranya anda adalah insan-insan yang datang ke Kelantan untuk menikmati kekayaan khazanahnya serta kepelbagaian budayanya, janganlah ke Hotel Ridel terutamanya selepas jam 1 pagi. Kalau tidak, anda akan terasa seperti berada di Jalan P Ramlee. Berjalan sikit je ada yang mula bersiul-siul memanggil anda bagai dubuk mencari mangsa.

1 comment:

Anonymous said...

btol ke mcm tu kat situ? <--bole ke tanye macam ni? adehh

x pernah sampai kb lg =.=

Pin It button on image hover
Tweet