Tuesday, May 17

Benda Common time short sem

Pendedahan terbaru!!!!! Hasil pemerhatian dari kaca mata pemberita Manggis..

Dalam ramai orang tengah sebok bercuti, mencari kerja, ada gak yang bernasib ‘vaik’ kena buat short sem, sem singkat, sem tiga atau jugak ‘cara university untuk tidak Nampak macam terbiar’ sem. Tapi bila terperangkap dalam’situasi’ tersebut, korang mesti akan terlintas dengan perkara2 ini.

1.     MUSIC KUAT DARI BILIK SEBELAH.
Vajet (very bajet) orang lain takde yang menghuni blok hostel tuh, so ada la sorang dua hamba GAGA ni pasang stereo baekk punya. Atuk umah sebelah yang pekak tu takde pekak camtu.

2.     FAKULTI YANG DULUNYA CERIA NAMPAK MACAM RUMAH MAYAT.
Kemon lah people!!! Dah tak ramai insan bertuah tu, memang lah takde orang kat fakulti tuh. Cleaner pun di-reduce kepada setengah. Sawang merata-rata. Kafe yang terbiar. Jangan ada pak cik takde kepala tegur korang sudah.

3.     MAMAT HOT MAIN BOLA DIGANTIKAN DENGAN PAKCIK TUA JABATAN PERKHIDMATAN PELAJAR.
Kisah memang sahih benar. Kalau time semester biasa tu, even kelas ada pun sanggup ponteng turun padang. Bersukan lah konon. Kalau betullah bersukan takdelah kes jogging langgar tiang. (bukan aku). Kaki melangkah ke depan, mata kiri kanan tengok minah2 hot jogging n main badminton. Ngeee. Tapi sekarang jogging pun makin laju sebab geli tengok pakcik buncit tak pakai baju main bola… euuwwwwww
sangat HOT!!!!!!!!

4.     TAK GLAMER KAT KAFE MACAM SELALU.
Time semester biasa bukan main glamer u’olls. Masuk kafe je semua tegur. “eh syahir, Nampak hot doe kau!!” , “eh syahir! Sihat?” “syahir, takde kelas ke harini”. (ini syahir lain, bukan aku)
Tapi sekarang, masuk kafe je semua muka tak kenal. Mana taknya. Pendatang kolej mana ntah yang menumpang kat sini. Kekwat lak tu dengan aku. Lempang sesorang baru tau.

5.     MAKANAN MAKIN LAKU.
Tak caya cuba gi kafe korang pukul 3 ptg. Ada lagi tak makanan? Takde kan. Tu maknanya kafe korang tu makanan makin sedap. Makin laku! Bukan sebab wak kafe malas nak buat makanan sikit atau student lain terdesak sebab kafe lain tutup. Tak tak. Bukan sebab tu.

laku sampai camni hah berebut makanan.


apa lagi benda common time short sem korang?

Sunday, May 15

EDISI SYAHIR; My Playbook


Dah tengok HOW I MET YOUR MOTHER season 5 tak???

Tak? Tak kesah pun. Tapi yang aku nak cakap kat sini, ada satu episode tu si Barney (Neil Patrick Harris,gay yang berlakon playboy tuh) tunjukkan THE PLAYBOOK!!! Seleksi cara dan tips mengorat yang 100% MUNGKIN Berjaya. So camner kalau kita orang Malaysia pun nak buat gak The Playbook tuh?

Hoho! Jangan risau. Dengan hanya rm39.90, The Playbook [Malaysian] boleh didapati di pasaraya berdekatan anda!

Takdelah. Merepek je. Anyhow, aku ada lah ter’perasan’ beberapa tips meng’ushar’ yang popular di kalangan rakyat Malaysia.

THE 3 STEPS.
Boleh diamalkan di mana sahaja, tak kira masa, ketika berjalan atau sedang mengunyah.
1.     Aim timing yang betul untuk orang tu pandang kita.
2.     Tarik nafas ala-ala kamu sedang menikmati sesuatu.
3.     Hembus nafas sambil pandang tepat ke mata dan senyum ala2 ikhlas.

Kenapa? Satu sebab ianya boleh bagi impression yang kita macam betul-betul terpesona kat orang tu. Duanya sebab senyuman ikhlas mampu cairkan hati orang. Tiganya sebab eye contact yang memukau.
*make sure nafas tak berbau kalau jarak dekat.

THE GENTLEMAN.
Boleh diamalkan oleh yang bukan muka jenis tak semayang dan juga yang pandai menjaga kebersihan diri.
Untuk Berjaya, gantikan perkataan ‘awak’ ‘churp churp’ dan juga ‘phewitt’ dengan ‘cik’. Jaga tutur kata dan selitkan dengan beberapa idea yang boleh dianggap high class.  Sebagai contoh, nak order kat Pizza Hoot.
“cik, boleh bawakan satu Creamy Carbonara with fettuccini and cheese sprinkles. Itu sahaja, terima kasih”. Sambil senyum.
Dan bukannya,
“awak, churp churp(bunyik tikus tuh), saya nak yang ni satu, tapi kurang pedas, pastu nak yang nipis macam kuey tiau tu ek. Tak nak yang mee tuh. Then japgi taruk cheese lebih sikit ek.” –not cool.

Kenapa? Satu, perempuan sangat suka rasa dihargai jadi dia lebih memilih orang yang mudah menghargai walaupun sekecik mana pun hal tersebut. Jadi, penggunaan bahasa yang sopan dan juga menghormati even waiter kepsi, menunjukkan anda menghargai pekerjaan waiter tu. Lagipun, ada ke orang yang tak suka gentleman?

MR SENSITIVE.
Boleh diamalkan sekiranya orang yang ditackle itu bukan jenis pengkid atau b***h yang tak berhati perut sambil bajet muka tahap Angelina Jolie.
1.     Stalk FB orang tuh. Atau bagi yang first time nak kenal, prihatin terhadap apa yang orang tuh tengah buat.
2.     Then show interest atau cakap pasal sumthing yang dia tengah buat tu. Katakanlah dia sedang belek novel,
“owh, Sophie Kingsley, macam menarik, dah baca? Ok ke ceritanya? “

Dan bukannya,
“Euwww!!! Confession of shopaholic? Bukan dah lama ke? Best sangat ke? “ –not cool at all dude.

Kenapa? Gurls selalunya akan mencari suatu topic untuk diperbualkan bersama. Jadi sekiranya anda sudah pun memulakan bicara dengan topic yang dia gemari, markah bonus!

PHYSICAL OVER THEORETICAL
Boleh diamalkan kepada insan yang selalu dikelilingi oleh kota. Contohnya orang yang dah asyik pergi mall je.
Apabila sesorang sudah terikat dengan sesuatu yang rutin (contohnya setiap kali dating je gi mall), aktiviti seperti berbasikal dan berkelah atau berjoging mampu menambah daya tarikan.

Perempuan lebih mudah menghargai sesuatu kenangan dan suatu kenangan yang  lain dari rutin harian akan terlekat kat kepala macam glue. Setelah penat berbasikal, rehatlah di bangku berdekatan sambil berborak.

DIRECT, KOREAN STYLE
Boleh digunakan kepada kebanyakkan manusia di Malaysia ni. (dah terlalu ramai peminat korea zaman sekarang).
Wanita sukakan kejujuran. Tapi takleh jujur sangat macam tunjuk kaler seluar dalam sendiri (bukan aku). Jujur maksudnya disini adalah lelaki yang berkayakinan untuk cakap yang dia suka kat seorang perempuan tu tanpa perlu date lapan belas kali. Scene lelaki jujur banyak dalam cerita korea dan perempuan selalu tangkap lentok. Contoh:

Korang dah sekelas satu semester, kemudian kamu datang ke meja dan cakap “maaf, saya rasa saya suka awak. Boleh tak kita keluar minum suatu hari nanti?” . yeah, perempuan tu mestilah terkejut berukben time tu tapi kemudiannya mesti dia tersenyum sorang sorang dalam bilik ingatkan kamu.

Tapi apa cara yang digunakan pun, tak Berjaya kalau anda sendiri pun tidak selesa dengan diri sendiri. Love yourself so that others can love you.

Saturday, May 14

That Poem in BEASTLY

Having a Coke with you

is even more fun than going to San Sebastian, Irún, Hendaye, Biarritz, Bayonne
or being sick to my stomach on the Travesera de Gracia in Barcelona
partly because in your orange shirt you look like a better happier St. Sebastian
partly because of my love for you, partly because of your love for yoghurt
partly because of the fluoresent orange tulips around the birches
partly because of the secrecy our smiles take on before people and statuary
it is hard to believe when I'm with you that there can be anything as still
as solemn as unpleasantly definitive as statuary when right in front of it
in the warm New York 4 o'clock light we are drifting back and forth
between each other like a tree breathing through its spectacles

and the portrait show seems to have no faces in it at all, just paint
you suddenly wonder why in the world anyone ever did them
                                                                                                    I look
at you and I would rather look at you than all the portraits in the world
except possibly for the Polish Rider occasionally and anyway it's in the Frick
which thank heavens you haven't gone to yet so we can go together the first time
and the fact that you move so beautifully more or less takes care of Futurism
just as at home I never think of the Nude Descending a Staircase or
at a rehearsal a single drawing of Leonardo or Michelangelo that used to wow me
and what good does all the research of the Impressionists do them
when they never got the right person to stand near the tree when the sun sank
or for that matter Marino Marini when he didn't pick the rider as carefully
as the horse
                            it seems they were all cheated of some marvellous experience
which is not going to go wasted on me which is why I am telling you about it

-Frank O'Hara

Thursday, May 12

Priest?? oh GOD!!!!!!(get over dat!)


PRIEST

The one said to be close to god’s hands. But the movie “PRIEST”, walaupun dibintangi oleh the hottie Cam Gigandet, is not so great. Ceritanya berdasarkan manusia and puntianak bergaduh. As it is in the movie, vampires are some sort of race with simple minds as simple as a beast. No, bukan macam citer Twilight or Vampire Diaries tuh. Ni dah macam mutan dalam citer “I Am Legend” pulak dah. anyway, so untuk lawan vampires yang ganas brutal n segala macam superhuman straight tuh, sekumpulan manusia dilatih di bawah kuasa Church (dalam citer ni church tuh ala2 kerajaan lah) dan jadik macam tentera super yang digelar Priest(dah namanya church, takkan nak panggil tok imam lak). Ok ok, so Priest tuh lagi kuat lah (katanya!!) n menang. Tapi lepas menang tuh diorang macam dah takde fungsi so diorang dipulaukan masyarakat. Ala2 forgotten heroes lak.
dah muka sweet tuh memang takleh jadi bad boy lah. hoho

Then, vampire menyerang balik (dah agak), Priest pun bertindaklah walaupun ditentang oleh Church (cheap conflict). Dan dalam kekalutan tuh, rupanya ketua vampire adalah salah sorang Priest yang berpaling tadah… Tadaaaaaa!!!!!!!!!!! Common giler kot!!! Then citer tuh habis… fin!!

So apa yang membezakan citer ni dan jugak citer action lain bertema sama macam Blood dan  Underworld evolution??? TAKDE!! Nada!!! Nan ado!!!! Sama jer… plot yang boleh diagak, action yang lek lek cenggitu jer. Agak disappointing lah…

Tadi aku tengok citer ni. (tadi means 11mei 6ptg). N memang lama aku tunggu nak tengok. Camner lah citernya kan. Preview gempak gituh u’olls. Tapi terkejut mak noks!! Indah status daripada propic!! Satu-satunya benda yang interesting adalah the concept that church rules the government and tries to manipulate people to think that they are save. Dah sama macam perang salib dah. hahahhahaa papepun, please lah cari konsep or theme yang lain. GET OVER IT!!!

Anyway, nasihat saya, sila tengok skiranya takde movie lain dah. hohohoho… setakat mengisi masa lapang tuh buleh la… tapi kalau movie lovers yang sejati, kepuasan tuh lebih penting. Macam cerita “just go with it” atau “The Boat That Rocked”,  tu baru puas tengok. Rasa macam nak tengok banyak kali.hoho…

Adios guys!!!! Esok lusa aku buat review sal “Something Borrowed” and “Kongsi”…

Thursday, May 5

Hari terakhir di UKM


Byebye UKM!!!!!

Sekian sudah bengkel koir bersama abg roy azman dan rosli ahmad. Best habis!!! Suara pun dah rasa tak sama macam dulu. Dah garau giler. Hahahahahhaa. mana taknya, makan nyanyi tido makan berak dan nyanyi lagi. Penat tapi worth it.

Hari terakhir di ukm yang penuh misteri…..
Habis je persembahan koir , aku ngan budak2 pompuan gi la alamanda bajet nak tengok Laju dan Bengang 5. Masuk je parking, terus dapat parking depan pintu masuk. Bertuahnya kami. Kemudian pergi terus ke GSC namun hampa sebab malam tu cerita tersebut tidak ditayangkan.
So kami pergilah karaoke kat atas tu. Book sejam. Nyanyi punyer nyanyi punyer nyanyi macam tak ingat dunia. Al maklumlah suara semua orang masih dalam pitch katanya. Haha. Then sorang mamat masuk,

Mamat: bang, masa abg tinggal 10 minit lagi, abang nak tambah masa tak?

Aku: tak payah lah kot….

Then mamat tu blah. Kami pun teruskan lah menyanyi kan. Lepas satu lagu satu lagu. Sampailah satu tahap tu kami semua pelik. Bila diorang nak off ni? Lamanya 10 minit. Tengok jam, dah terlebih 30 minit sebenarnya. Dengan bengangnya (bajet receptionist nyer salah lah, kitorang terlebih nyanyi) kami gi ke kaunter. Kalau kena charge lebih memang bengang la kan. Sesampainya di kaunter,

Aku: akak, memang benda tu tak off sendiri ikut masa ke?

Akak: eh, tapi adik memang ada tambah lagi satu jam kan?

Aku: tak, (cuba meyakinkan)  camni kak, tadi ada orang akak datang kat kitorang Tanya nak tambah ke tak kan? Tapi kami cakap taknak tambah masa. So camna sekarang ni? 

Akak: ya, betul tu dik. Tapi on the last song (cakap omputih lak dia) member u yang datang tambah masa.

Pelik. Kami berempat duduk dalam bilik kecik tuh sepanjang masa. Takde sorang pun yang keluar walaupun gi tandas. So dengan kepelikannya aku bertanya lagi.

Aku: tapi kak kami tak nak tambah pun.

Akak: member u yang lelaki pakai baju kemeja putih dtg bayarkan. Tambah sejam lagi. Bilik 321 kan??? A’ah, betullah. dia cakap dia kawan korang.

Aku: tersalah kot kak….

Akak: takdelah. bilik lain memang takde orang guna. Bilik u je yang ada. Takpelah dik. U bukan kena bayar pape pun. Ok?

So kami pun blah dari situ. Semakin lama semakin timbul perasaan ingin tahu siapakan mamat kemeja putih tu. Sambil jalan jalan kat Alamanda mata kitorang berpinar mencari mamat tu (sebenarnya diorang nak tahu mamat tu hensem ke tak). Si Alia, Syaza dan Jess asyik ungkit pasal Rebecca (minah psiko dlm citer The Roomate) dan juga blame aku sebab ramai sangat scandal. Maybe salah sorang skandal aku? Tak tahulah.

Mulanya aku anggap itu sebagai rezeki kami je. Tapi kemudiannya timbul lagi insiden duit terlebih dalam akaun bank tanpa diketahui siapa yang masukkan. Semua budak perempuan dah cuak dah. Dan, selepas je kami makan malam di Bangi si Jess(minah rabun ni memang blur skit) bersuara,

Jess: eh, wait! Korang ingat tak time kita keluar dari bilik karok tu, kat hujung hallway, kat kaca tu memang ada sorang mamat pakai kemeja putih. Walaupun I tak pakai spek time tu tapi I Nampak dia senyum time kita keluar tau.

Kemudian semua senyap sampailah balik ke UKM.



ini kisah benar, nama yang terlibat pun benar, sumpah tak tipu
Pin It button on image hover
Tweet