Saturday, January 28

Kawan dan Kawan, tapi Hasilnya Mungkin Lawan

Judi Cinta, Persahabatan jadi taruhan.

Jika engkau minta intan permata,
Tak mungkin ku mampu,
Tapi sayang kan ku capai bintang,
Dari langit untukmu.

Syahir dah tak terpisah dari perihal cinta cintun ni. Walaupun empunya badan membujang sudah lebih dari setahun, topic cinta tetap juga singgah di hati. 

Mungkin biasa bagi korang topic cinta ni. Tambah lagi perihal ‘bila bercinta,lupa semua kawan’. Tapi macam mana jika sang pencinta tu juga bermula sebagai seorang kawan?

Lebih dari satu cerita, jika dapat izin, boleh aku ceritakan pahit manis pengalaman bercinta dengan kawan sendiri. Yang tidak berbalas, yang terpendam sendiri, yang bercinta bagai layang-layang terputus tali, segalanya hanya hiasan interaksi manusia normal.

Kawan, kawan rapat, di gosipkan bersama, bercinta, bahagia, putus, mencuba untuk normal, awkward, salah faham, semua jadi lawan. Kitaran biasa dan selalu sangat terjadi.

Aku mungkin sedikit membenci kitaran sebegini, tapi…. Kenal, bercinta, bahagia, jadi sebahagian hidupnya, putus, bercinta dengan kawannya. Itu kitaran yang lebih aku benci.

Kenal, bercinta, bahagia, salah faham, putus, tidak bersapa. Kitaran klasik dan kejam tapi itu mungkin terbaik.

Kerana cinta takkan pernah mampu mengalahkan persahabatan. Sekuat mana nafsu, seteguh mana setia, setinggi mana harapan, sahabat juga yang dijulang.

Sahabat ada di sana sebelum anda bercinta, semasa anda bercinta (sepatutnya lah), dan di akhir percintaan. Jadi kenapa rosakkannya untuk mainan perasaan?

Cinta sejati sukar diteliti, payah ditemui. Sahabat sejati senang diamati, tak mudah diganti.

Love is like friendship on fire. You either shoot for the stars or get burned trying.


aku gunapakai konsep ni

No comments:

Pin It button on image hover
Tweet