Cakes and celebration.
At last! That shorty I call lab instructor passed my lab project! Yes, I still have presentation and projects to attend to during my finals and study week. Sangat suck ok. Tambah lagi bila lab instructor berlagak lebih dari penyelia tesis.
Tapi Alhamdulillah, projek dah lepas. Terima kasih kepada lab partner aku yang setia bertahan dengan diri yang perfectionist ni. LOL. Jadi, untuk meraikannya, keinginan untuk makan kek meruap-ruap timbul.
Antique Bakery. Pernah tengok? Adalah suatu cerita adaptasi dari manga jepun. Dan sama seperti Boys Over Flowers/ Meteor Garden, cerita tu dah diadaptasi kepada cina, korea dan jepun. Meletup tapi belum sampai ke Malaysia disebabkan sesetengah content yang melampau. Anyway, it made me crave for a cake even more!
Dari petang sampai ke malam, aku mencari insan yang biasa menemankan aku meraikannya. Semua sibuk katanya.Takpelah, exam lagi bukan? Mungkin mereka ingin luang masa UNTUK BELAJAR sendirian mungkin. Jam 1 pagi, budak kuliah ajak ke KLCC esoknya. Alhamdulillah.
Sabtu, page 14 of 366.
Kemasukan percuma ke Petrosains. Yeah! Terima kasih kepada volunteers Petrosains yang hot-hot semuanya, I had a great time with puzzles and riddles. Tak dapat cake, tapi dapat makan ayam penyet ultra pedas. ULTRA PEDAS ok! Dan atas dasar sengaja nak bentuk kenangan, budak2 ni tonyoh sayur kat sambal yang pedas giler tu dan cabar aku makan. Paling tak tahan, diorang sorokkan lagi air aku! Haha.
Sampai ke bilik, terlintas sesuatu yang menyedihkan. Mujur ada Ucena, nanti kita date dengan yang lain ye Ucena. Sempena celebrate the end of semester for the both of us AND ALL FRIENDS THAT COULD SPARE SOME TIME TO JOIN US. Lagipun, aku masih mencari kedai/café yang bagus untuk makan kek.
Diri bukan durhaka,
Kata tiada sempurna,
Sekurangnya aku mencuba,
Apa daya dalih tidak diterima.
No comments:
Post a Comment