Thursday, September 30

One Piece 598

huhuhuhu...

one piece, kisah perjalanan budak getah dah kembali...
huhuhu... dengan sambungan setelah dua tahun mereka berehat/lberlatih/ berpoya-poya, the STRAW HAT PIRATES kini nak bergabung balik...huhuhu....jom kit  layanz...

onemanga dengan mangafox dah takda?? jgn risau... kita unshar tempat baru... klik sini

princessqish giveaway or contest

PrincessQish

see.. i dah follow u...

 now then... blog ni adalah tempat untuk lepas geram, perah rindu, curah bahagia dan buang perit yang berlaku dalam hidup seorang pelajar universiti di bidang yang opposite dengan apa yang dia tau, hidup aku...

kegemaranku?? hurm..  suka menari walaupun buruk, suka dengar musik house dan techno, suka jejalan menghabiskan duit, suka join kerja volunteering dan suka jadi doktor cinta

saya nak tag:
nurulhusna puteri cahaya
rizman bermonolog
farah'ain padi

nak join jugak?? klik kat sini




pembetulan: 10 lelaki status bahaya


 ko nak tiru entri iznul ke?? takda ah... lantak la budak tu nak tulis apa... yang ni aku jumpa kat fb... si iema yang ngengada letak... baca je, lantas membara ulu hati nak buat pembetulan...
Ini tips untuk wanita-wanita, korang kena berhati-hati dengan 10 jenis lelaki. Lelaki-lelaki tersebut boleh bikin hidup anda bermasalah macam mereka juga.



1. Lelaki yang sering berkata: "Abang memang sayang kat ayang, tapi abang belum bersedia untuk hubungan yang serius". Amboi dah 3 tahun berkepit sana sini, masih belum bersedia ker? ha..ini lelaki tarak betoi punya. Diorang nak flirt jer, walhal anda belum ada dalam kamus hidup mereka.
Pembetulan: tu tandanya kitorang betul2 tak sedia.. ko ingat senang ke nak teruskan, kena piker macam tau tak… korang tau demand je.. nanti kalu silap skit habis,.. dah takleh macam dulu dah.. tak nak la ikut emosi semata



2. Lelaki yang call/sms ikut suka ati diorang jer. Eh ikut suka ati diorang ja nak jumpa kita, nak call kita, bila kita perlu kan dia, bayang pun tak nampak.
Pembetulan: wei.. tolong sikit… bukan awak sorang je la dlam dunia ni yang bernafas.. orang da keja jugak.. lagipun korang nak ke berkepit 24 jam.. kang cakap rimas lak..


3. Lelaki yang suka ajak dating, tapi bukan dating pon. Paham tak ayat tu? ala, korang tak pernah ker pergi dinner berdua?, jejalan berdua, tengok sunset berdua? Kalau orang lain tengok sure ingat korang couple & tengah bercengkerama. Padahal si lelaki tak pikir pun tu dating. Kepada wanita, jangan asyik keluar kehulur kehilir dgn lelaki sangat. Jatuh saham nanti babe.
Pembetulan: tau takpe… jgn nak kehulu kehilir nak berkepit je.. korang takde kerja ek?? Algipun ada ke lelaki cakap,”jom keluar dating”.. takde kan.. takyah tipu.. memang takde.. slalu mesti ajak camni, “jom kuar nak?? Kita pegi mall ke, pantai ke”..


4. Lelaki yang dah ada awek, tapi selalu sms/call n jumpa anda. Ooo ini lelaki paling bahaya, tapi malangnya paling banyak di Malaya. Lelaki jenis ni dah ada awek, tapi wanita lain juga dia nak bermesra. Bila kantoi dengan awek, diorang akan cakap korang kawan jer, takkan nak berkawan tak boleh? Amboi. Kalau setiap malam call, bila awek not around, mula naik tocang. Lelaki jenis ni ternyata buaya tembaga tak laku.
Pembetulan: er hello… perempuan bukanny baik sgt pun… ramai je budak pompuan yang couple kata single…lagi satu.. yang korang gatal nak gi layan mesra2 ngan bf orang tu kenapa?? Buang tebiat.. salah sapa sebenarnya…kalu budak pompuan tak bagi respon.. kitorang pun tak hingin la..


5. Lelaki yang pikir apa diorang buat semua betoi. Aduhai, pandangan kita semua salah, dia jer yang betol, Diorang ni jenis penting diri sendiri dan tak kan pikir perasaan orang sekeliling termasukla korang.
Pembetulan: ye la… nak pilih baju sehelai pun sampai 3 jam.. memang la malas nak tau pendapat korang.. kitorang senang je, Nampak baju  terus pakai.. ni tak.. esok nak kuar, semalaman duk pilih baju…cakap orang penting diri sendiri lak tu.. tunggu korang bersiap lama2 tak kesah lak kan..


6. Lelaki yang blurrrr sentiasa. Contoh nya, lelaki yang tak paham kehendak wanita, even korang cakap terus terang pun dia ingat itu benda remeh ja. Ambil ringan perasaan kita.
Pembetulan: tolong lah… kehendak korang terlampau banyak dan memanf remeh temeh… “tak, tak nak kaler navy, nak turquoise”… kepala kau.. sama je biru kot…


7. Lelaki yang tak tahu kehendak sendiri. Kalau la diorang tak reti nak paham kehendak sendiri, korang ingat diorang boleh paham korang?
Pembetulan: er.. sori sikit… saja je guna ayat “ikut u lah”… nak sedapkan hati korang… kang cakap tak amik berat pasal kehendak korang lak…


8. Lelaki yang selalu kacau korang, walaupun korang tu tengah busy menyelamatkan dunia. Lelaki suka sangat nak berkepit dengan korang, tak kira la korang keja ke apa ker. Sikit2 call, sms, nak jumpa. Mula-mula korang rasa ok. Tak lama kemudian korang sure tak tahan. Rimas dan lemas.
Pembetulan:er.. hello… pikir balik poin no 2 korang la… tau pulak korang nak busy kan… sapa yang pentingkan diri sendiri skrang..


9. Lelaki yang suka kutuk lelaki lain, dengan harapan korang tak dekati lelaki yg dikutuk. Sah-sah lelaki ni kuat jeles, dan jangan terkejut diorang ni jenis ngada-ngada.
Pembetulan: aiyo.. helo…. Macam la korang tak suka bergosip… lagipun takkan la ada lelaki sanggup amik tindakan demikian kalu dia dah tahu korang ni jenis yang setia. Kan?? Kan?? Kann……


10. Lelaki yang tak dapat memberi layanan yang betul untuk seorang wanita. Apa lagi korang harap? buat siksa jiwa jer. nampak sangat lelaki jenis ni sukar nak bahagiakan korang.
Pembetulan: ok… berbalik kepada poin no 1 tadi… siyesly.. kalau rasa kitorang takleh ‘layan’ jiwa korang tu dengan baik, so kenapa nak jugak paksa kitorang.. dah tak suka tu blah ar… sebab camni la kitorang lagi suka spend time untuk kenal satu sama lain… sekuat mana pun kitorang suka kat korang, kitorang taknak korang lak menyesal nanti…sebab dah tau dah, korang merajuk payah nak pujuk..

Masakan kegemaranku


Mood tengah happy ni…
Orang cakap, kalu hepi tulis entri….
So.. aku tulis la ni.. tapi nak tulis pasal apa ek??? Urm… kejap pikir…. Jap… oh ya… memandangkan rata-rata kawan2 aku pernah tulis pasal masakan dalam blog diorang, jadi aku pun nak tulis gak lah… takkan korang ingat aku tak reti masak lak…. Hehehe
(masuk mood pondan kejap)
Jadi che jah che jah, kak tipah tu sambil sesat kat blog cheq ni meh la kita blajaq masak pulak… ok… semua dah sedia??? Jangan lupa anak2 kita kat luar tu selamat ke tak.. kang asyik busy memasak anak ntah ke mana lak ye…
Jadi menu kita hari ni adalah Kerabu Ayam KFC

Mudah je ye, bahan-bahan yang kita perlukan adalah:-
                -dapur… tak… heater bilik korang tu takleh pakai…takyah Tanya pun takpe..
                -kuali… periuk, belanga, kawah, dan seangkatannya pun boleh jugak guna ye…takpe, tak kesh pun… dah korang appetite banyak lantaran minum weight gain tu boleh la buat satu kawah ye
                -orang yang nak masak… of coz la samdul!!!! Kang takde orang nak masak susah lak… nak susah kucing masak??
                -kasih sayang
                -minyak… ni ikut korang lah… nak guna minyak tanah ke, minyak gas ke, minyak petrol ke… tapi tanggung sendiri lah akibatnya
                -ayam kfc.. atau bleh jugak korang guna ayam mcD atau ayam segera Ramli, Farmgold, Ayamas…. Apa lagi… senarai je semua yang ada… nak buat sendiri pun boleh.. ko gi kebas ayam sebelah umah yang bising bagai tak paham orang nak tidur pagi tu pun takpe…
                - pencicah… bukan body lotion korng guna atas katil tu ye.. ni yang ala2 sos thai n yang kita guna buat cicah keropok tuh…
                -bawang, kacang, mangga, pauh, mempelam, mango, dan jugak lemon….
Ok.. lepas korang berusaha mendapatkan semua barang di atas tak kira secara pukal, borong, hutang atau down-payment,… meh kita masak…
1.       Tau dapur korang kat mana…
2.       Tau apa itu dapur…
3.       Letak kuali atas dapur…
tak pasal jadi kerabu kucing kang
4.       Carik punat untuk on-kan dapur korang yang canggih manggih tu…
5.       Hidupkan api atau sambungkan letrik, atau wujudkan medan electromagnet… ish.. susah la kalu dapur moden sgt ni…
6.       Taruk minyak…tolong la guna minyak masak… tak kuasa aku kena jawab kat akhirat nanti…
7.       Goreng, panaskan, re-heat, fry…ikut korang lah… asalkan ayam tu ranggup ala2 hot n spicy gitu…
8.       Sambil itu , chop, cincau, karate, hiris, tetak segala jenis sayur itu yakni kacang, bawang, lemon, pauh, mempelam, mangga, mango  korang cari tu…
9.       Pastikan suma bahan tu tak lumat… aku suruh cincang, bukan aku suruh blend la pandai!!!!
10.   Toskan ayam korang tu…
11.   Toskan betul2…
12.   Siyes la… ada lagi minyak tu…
13.   Pastu korang cincang lak ayam tu kepada potongan yang ikut suka laki bini korang.. nak kecik amat ke, nak besar sikit ke.. lantak.. korang nyer rasa…
14.   Kemudian amik mangkuk… taknak la mangku ayun.. tu tak penting…
15.   Gaulkan ayam ngan buah2 tadi tu bersama dengan sos pencicah…
16.   Kalu buleh taruk satu botol terus…
17.   Perahkan lemon…
18.   Kosongkan perut…
19.   …….
20.   ………
21.   Oi!!!! Tunggu apa lagi.. jadi la tu…makan la…

p/s: ni resepi omak den.. tak tau la dia amik katner..

Yuk Makan Free di YAPEIM


Fuhh…
MAKAN FREE!!!!!
Yeah.. dengan ini, setelah diperkenankan oleh duli yang maha mulia penyeri  SANTUN, anda semua dijemput ke majlis raya yapeim di bangunan yapeim, jalan kg attap, pada 5 oct 2010…
Kak aisyah!!! Dah saya dah jemput semua orang dah…. Jgn  takda makanan lak…. Malu saya lak nanti…. Mana nak taruk muka hensem ni nanti…. Kang tetiba je saya kena blanja suma orang makan kfc jom jimat….
Huhuhuhu.. tak sabar aku nanti.. mintak2 la takda aral atau kelas mlintang menegak pada tanggal tersebut…  yapeim secara bermurah hatinya membuka pintu kepada orang ramai tuh….. hahahaha… konfem2 ramai ofisboy n ofisgurl LHDN datang  memenuhkan Yapeim nanti…tapi aku tak mau jumpa dorang.. aku tak sabar nak jumpa budak2 santun area kl je.. hehehhehehe… lama tak lepak wei.. lepas makan kita gi main boling nak tak kawan2??? Rizman belanja… gaji baru masuk tu…
Oh ya, perihal hari ni… malas aku nak tulis entri baru untuk agenda ni je.. kang ada orang kutuk kata aku byk entri lak… hehe.. jgn marah na…
Ok, harini gua rajin giler… hari paling rajin la dalam nak dekat dua dekad aku hidup ni… bangun pukul 8 setelah tidur pukul 5 pagi, mandi, siapkan assignmet till pukul 1 gitu… pastu gi KDO, study circuit theory sampai la ke detik aku tulis entri ni.. cayatak??? Tak caya?? Kena caya jugak sebab beda real ni…. Fuhh.. rasa nak pecah kepala… mintak2 la esok leh jawab.. hehe… makasih kepada pelajar2  JKEES dari kDO yang setia berganti shif untuk study bersamaku…tak macam budak zaba…ceit

p/s: makasih byk ek shapiq, akif, thiru, azwa, tiqah...n khaidir jugak

Wednesday, September 29

Gaduh Gedebak Gedebuk


Ya Allah..
Sudah2 la tu kawan oi…
Apa ni?? Tak paham??? Meh aku cerita….
Baru je sekejap tadi.. aku bukak lappy ni nak study kejap tapi leklek je time tu jugak ada entri baru dari kawan blogger… laporan polis??? Sapa mati?? Sapa kena bakar lagi??? Astaghfir…
Rupanya dia bleh lak bergaduh manja ngan rakan blogger lain.. aiyo.. wa ingat lu olang sudah mereng woo… gaduh pun mau tulis entri ka???? Si mamat I ni marah si PP sebab dia kena kutuk entri banyak sangat… ala.. biasa tu beb.. entri banyak bangga ar.. bukan kita berlumba2 nak entri byk.. tapi berlumba nak tulis apa yang terlintas kat otak.. bukan tu ke matlamat adanya web log ni??? Yang si PP ni satu hal… orang nak tulis entri byk2 tu bagi la support skit… bukannya dia terus tinggal perihal duniawi semata nak tulis blog dia… kalu dah tahap tenat sampai tak kuar bilik, assignment tak siap, yang tu aku sendiri pegi lempang la…
Hari tu dah gaduh ngan rumate sendiri, pasal mengata fizikal dia… aiyoo… tu lantak dia nyer pasal la bro… lu kena sabar r bro.. panas telinga pun neraka lagi panas der… aiyo… yang si rumate tu pun satu.. dah tau dia gitu takyah la ngata… kang tak pasal kena makan selipar ke…kan…
Dah dah.. jangan gaduh2 lagi.. takyah duk ngata2 sesama kita… kita kan satu rumpun, satu komuniti.. do your part in 1Malaysia 1UKM 1Blogger….

p/s: takyah gaduh,, tumbuk terus..

banner tak jadi

niatnya nak taruk ni jadi banner tapi macam tak lawa lak... so aku taruk kat atas ni je... apa?? korang benci tgk muka aku je?? lantak ar.. log aku.. bukan blog makcik aku..

STUDY makan FB


Hari ni dan semalam….
Tak tak… bukan tajuk lagu…
Cuma nak cakap, harini dan semalam aku dapat cuti… tetiba Dr Edgar cakap, “we will go faster on the notes today and we can skip tommorow’s class” dalam slang itali dia tu… ahhahahaha.. kebanyakan apa yg dia cakap memang tak masuk dalam kepala tapi kalu bab tu semua orang paham je… pelik aku.. bersorak budak2 JKEES haritu…
jgn ada yang teman kat belakang sudah
Ok..semalam… kebanyakan aku tidur , melalak dan buang air je kerja… study skit je.. tak kuasa den nak study banyak2… hahhahahaha…. Tapi study sampai pukul 3 pagi tuh.. ingat aku sorang je insan gigih tapi rupanya bila aku bukak FB pkul 3 tu, belambak budak kelas on9 lagi… Tanya buat apa, STUDY AR>>KALU TAK TAK KUASA AKU TIDUR LAMBAT-ayat Dayah Wawi…
Efisionkah study sedemikian rupa??? Stay lambat2…bersengkang mata??? I dunno.. u tell me… most of u have done it… ada yang suka buat camtu… tangguh kerja last minit… termasuk la yang bertitah ni kan.. kan…. Hahahhahaa… bukan apa… time tu je ada mood nak study.. sebab?? Sebab time tu je FB sunyi skit.. hahahahhaha.. asyik layan Farmville pun bosan gak…
Hari ini.. bangun agak awal.. pukul 9.30 pagi dah bangun dah…(kira awal la tu kalu ikt jam aku)… then gi mandi, n tulis mendalah ni…. Pasni nak study kejap, n turun café beli epal untuk lunch… huhuhu.. makan epal je untuk lunch?? Siyes???
 Siyes la ni.. ingat aku gurau ke… sekarang ni tgh mencuba untuk ikut kata2 mentorku, Sir Saiful dari sekolah menengah… dia slalu pesan, “Watch what u having right now because the consenquences comes afterward”dalam slang british dia…dia ada kencing manis dan gaut (betul ke je camtu??)… jadi selalu skip kelas sebab tak tahan sakit… sampai masuk hospital bagai…. So, kata orang, kita tak tau api tu panas ke tak kalau tak sentuh… sama la kes aku, bila dgr je pasal kencing manis, buah pinggang aku buat tak kesah tapi bila tengok depan mata, baru aku percaya….jadi… meh kita jadi orang yang sihat… walaupun akal tak betul, jiwa songsang, yang penting badan sihat…(nasihat takleh pakai)…

p/s: kat umah slalu makan salad epal ciptaan sendiri

Tuesday, September 28

Lain butik, Lain gaya

Mengata pelakon korea???
SIYESLY???!!!!

Tak nak ar cari gaduh ngan orang yang mengata tu kan tapi kita kena sedar, lain orang lain ragam.. rambut sama hitam, salun lain-lain…

Dia letak gambar-gambar lee min ho yang jambu2 termasuklah yang untuk iklan Etude house… helo??? Duduk dalam gua ke bang… etude house kan brand kosmetik untuk perempuan, tambah lagi golongan sasaran diorang adalah budak perempuan muda mudi takde laki…..takkan la nak letak gambar tough2 ala tentera lak kan… memang tak kena konsep ar….

Huhuhu… sebab-sebab camni la orang suruh kita berprasangka baik… being jambu bukan bermakna mereka gay… ada je ustad2 muda yang jambu habis….(aku ada kawan ustad yang jambu kalah korea)… nak cakap diorang gay gak ker.. memang tak ar… hahahahha…

Bagi aku kan, its up to them what they want to wear… nak pakai toner ke, day n nite cream ke, cardigan sexy ke… tu diorang punya pasal… lain orang lain kubur, lain orang lain tuturnya… pakai je apa yang korang rasa selesa dengan korang…. Sebab tu ramai orang cakap, for others to love u, u need to love urself too… so , takyah nak piker banyak2… pondan ke, apa ke, lelaki takleh pakai kosmetik ke, nak pakai simplicity ke, loreal kerana dirimu begitu berharga ke, minum innershine kecantikan dari dalaman ke, pakai je apa korang nak… korang je yang tau apa yang sesuai dengan diri korang…Cuma jangan terus jadi nyah sudah… kalau kau gay pun, ingat lelaki gay lain suka nyah ke??? Memang tak ar…


Akhir kata,(macam karangan sekolah rendah lak), kita boleh menilai orang itu ini tapi kita jugak perlu menilai diri sendiri, apa kita layak ke nak menilai…. Kalau nak ngata orang pakai seluar low waist giler, yang ko gi pakai seluar ikat atas dada tu kenapa??(kes sebenar ye)…. pakai blue tom nak ngata prada.. lagi la tak..


P/s: don’t be afraid to unleash your real style

Monday, September 27

Study tips bernas

aigooo...(thats 'sigh' in korean if u are wondering)


Awal pagi tadi aku dah la balik lambat dari tengok movie dengan Paan..(Ain tak jadi lak keluar lepas seminggu beria-ia, rancang gitu gini)...kemudian bukak la fb.. tak berniat pun tapi tangan dah automatik akan bukak fb...hahahahahaha..*alasan tu semua...
Tapi bukak je fb... balas kumen2 dari orang yang sanggup kumen... kemudian ternampak lak status si Alias ketua kelas... “KUIZ MATH AKAN DIADAKAN DALAM KELAS TUTOR ESOK”... aigo.. terus aku menyumpah, carik buku.. study... dah la kelas tutor pukul 8.. tidor pukul 3.30.. nasib baik leh bangun..(Ain yg tak jadi keluar tu pulak skip kelas sebab lambat bangun)... dah la tak dapat jawab.. aduh... redha je la.. benda nak jadi... tapi aku tetap bengang... nampak sangat aku tak cukup study...
Jadi ini sedikit tips untuk orang nak study..dipetik dari pelbagai sumber...
Bak kat Zac from melaka..*my new great buddy..kita kena study apa yg kita belajar hari tu pada hari tu jugak... tak pun dalam masa 3 hari...nanti tak terkumpul...katanya...
Bak kata Cikgu Nora...*cikgu fizik sekolah aku yang garang... ingat konsep je... buat latihan takyah tengok buku... fuhh.. taraf master tuh...
Bak kata bebudak Asasi...*time akt uitm dulu... apa bran study nak giler ni.. meh gi seksyen 2 layan nasi dulu...(menyesal aku ikut)
Bak kata Shaer si pondan ...* budak pasum tu... study?? Apa tu??? Mak tak kenal la sapa tu... hensem ke??
Bak kata Fadhilah Kamsah..*kalu korang tak kenal baik takyah hidup la... kita kena study secara berhemah ye... belajar secar berkumpulan...bla bla bla..
Bak kata prof kat hot fm tu.. * ada lagi ke skrang?? ... semua perkara dalam hidup kita kena disusuli dengan doa dan twakal... renung2kan.. dan selamat beramal...
Bak kata Tarmizi...*pakar bahasa tu... ala.. budak pandai takyah study.. jom pegi program dulu...berlegar-legar di darab segi empat sama yang berjaya dulu...
Bak kata aku..*bernas ni.... waterfish!!!! Lantak la korang nak blajar time mana!!!  Lain orang lain butik meh...lain orang lain  
Ok.. dah inspired???



Sunday, September 26

Step Up To MIdvalley


Yeahyeah… nak tengok wayang..
Huhuhuhuhuhu
Er.. kenapa orang suka buat “huhuhuhu” ek?? Entah…aku pun tak tau… anyway.. harini mau gi mandi, pakai ensem2.. n pegi mid pulak… nak gi tangok cerita STEP UP 3D kali ke tiga lak… fuyoo… gempak seyh lu… wa suka giler doe citer ni… cool der gerak dia.. kasi lentok weyh…*siyes aku pun benci cakap macam tu..
Anyway, kenapa nak tengok sampai 3 kali?? Best sgt ke menatang tu?? Kenapa tak tengok “saying u can dance ke”?? kenapa ?? kenapa??? Kenapa JPA lambat masuk duit??? Kenapa padi tak tumbuh semalaman?? Kenapa tarmizi suka antar mesej lucu?? Kenapa??
Jawapannya… sebab ain tak jaga sgt padi dia…dia curang… sebab tarmizi memang otak sewel suka antar mesej gila kentang…sebab aku tak isi boring perjanjian JPA lagi…sebab aku pun suka membebel kat blog ni macam iema… eh.. kejap,… chop chop… apa tajuk aku tadi??
OH ya.. aku suka tengok citer ni n cerita “sorcerer’s apprentice adalah kerana sebab demikian sesungguhnya mereka ada kaitan ngan engineering…. Perasan tak???  Moses dalam step up amik major in electrical enigeering and so is mamat sorcerer tuh…and so is aku.... tadaa…


*tetiba teringat project utk pro belum siap lagi…

Saturday, September 25

J-rice Rocks!!!

yeah!!!!!!

happy lagi hari ni....makasih JRice yang telah menceriakan hariku...er.. taklah ain, ni bukan en padi kau...hahaha..terlebih lak.. actually harini aku terjumpa vids baru dari J-rice yang bru berusia seminggu (baru la tu)... biliionaire and teenage dream in accapella... ni dia.. enjoy

Goyang-goyang dan goyang lagi


Yep yep… pop that bod babe!!!
DUP DUP DUPDUPDUP DUP…
Oh yeah,.. babe… last nite was a turndown for me... with all the commotion and hustle on the weekdays, i expected a decent weekend tapi tak dapat jugak… tapi hari ni pukul 1030 bangun, bukak WMP, puluhan lagu house, techno, electro memecah speaker…dude!!! Come on!!! Pump it up… hahahahaha… terasa amat layan… bersyukur je roommate takde kat bilik…  aku duk men-pop,lock,drop and grind it dari tadi lagi…
Whoah!!!! Sebenarnya aku tengah tersenyum dari tadi lagi.. taip entri ni pun sambil bahu bergoyang… “I love it when im all alone, in my zone…with the spirit of the radio…. “-J RANDALL (spirit of the radio)
And kalau korang rasa nak lepaskan sedikit steam kat dada korang tu, enjoy this set of songs…
Kato-Hey Shorty
Jesse Mccartney-Up
J Randall- Spirit Of The Radio
After School- Bang!
Get Cool- Shawty Got Moves
Nelly Furtado N Flo Rida- Jump
TQ-Electronic
NASA- Whatchadoin
Basshunter-Don’t Walk Away

Tuesday, September 21

SELAMAT HARI JADI FALIQ


OMK!!!!!!!!!! (Owh Mak Kau)
Tak Tersangka Sangka… Malam Ni Hari Jadi Kawan Baru Tapi Mesra Aku, Si Faliq Bokhari>>> Pergh.. Happy Birthday My Fren!!!! patut la semacam je ko tagk orang sambut hari jadi kat kafe tadi...
Nyanyi Sket!!!!
Happy Birthday To You…
Happy Birthday To You
Happy Birthday To Faliq..
Happy Birthday To You…..
Selamat Hari Jadi…
Selamat Hari Jadi…
Selamat Hari Jadi Faliq..
Selamat Hari Jadi!!!!!!!!!!!!!
Allah Selamatkan Kamu…
Allah Selamatkan Kamu..
Allah Selamatkan Faliq Bokhari..
Allah Selamatkan Kamu…..
Saeng Il Chuk Ha Ham Ni Da!
Saeng Il Chuk Ha Ham Ni Da!
Saeng Il Chuk Ha Faliq Ham Ni Da!
Saeng Il Chuk Ha Ham Ni Da!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Qu Ni Sheng Er Kuai Le…
Qu Ni Sheng Er Kuai Le….
Qu Ni Sheng Er Kuai Le!!!!!!!!!!!

p/s: sorry doe aku memang tak tau hari ni hari jadi ko..
Pin It button on image hover
Tweet