Sunday, September 19

Perihal balik raya


 (entri ini ditulis pada 7/9/2010, atas bas,tak sempat post)

Fuyoooo!!!!
Padat dan ketat tu…SUPERB!!
Tipu kalau anda tak pernah tengok semut merangkak… betul tak pernah??? Serius??? Jadi kalau macam tu silalah gunakan lebuh raya pantai timur pada sehari sebelum raya… anda boleh rasai sendiri pengalaman bergelar sebagai semut..
Aik… kamu heran??? Kenapa??? Tak boleh bayang??.. tak payah bayangkan… kalau kesesakan di lembah pantai pada wakut puncak sudah memeningkan anda, gandakan sepuluh dan kuasa 32…ya.. itulah maksud saya… sampaikan bas pun boleh break-down.. hahahaahaha…. Sangat kesian permandangan di sekitar lebuh raya.. siang malam tiada bedanya.. sesak jugak..
Tanggal 8 ogos(bak kata Alias), aku naik la bas tambahan untuk balik ke Kelantan… kenapa tambahan?? Entah la.. aku pun tak reti lah… padahal semangat kot aku gi hentian kajang tu beli tiket beberapa hari sebelum puasa…. Dan ingatan kepada anda, gunakan bas tambahan sebagai resolusi sebelum kiamat anda…serius aku  taknak dah naik bas tambahan.. kena berebut ngan makcik lak tu.. adoi…tapi nasib baik gak la aku dah team up ngan beberapa orang kakak yang sempat aku kenal time tunggu bas..hehe.. taktik divide and conquer menjadi lagi.. hahahahahha
Oh ya, kalau korang nak naik keta balik ikut genting sempah, hati-hati dan pastikan kereta dalam keadaan terbaek… kenapa?? Tak, kesian kat pakcik towing tu nak tarik keta korang dalam jam nanti…mekanik pun susah nak sampai… sepanjang perjalanan aku kat situ, ada la dekat 3-4 buah kereta tersadai setiap satu kilometer… macam cerita “war of the world” lak…semua lari tinggalkan kereta…(ish tak sanggup aku tinggalkan BMW 5-series tersadai)…
Dan jugak kredit kepada pakcik driver bas yang bijak ni, untuk elakkan kesesakan melampau yang memang sudah dijangka sejak zaman jahiliah lagi di Guu Musang, kitorang guna jalan alternatif ke KB iaitu jalan persisir pantai Terengganu… yea… alang2 dapat la jugak melawat cherating.. hahahahaha
 Gelak gelak.. sampai kat kb pukul 12 kot haritu.. lewat 7 jam… dahla kena tunggu teksi lagi… tapi aku bersyukur lah dapat beraya bersama keluarga dan selamat tiba.
p/s: kalau dia ada kat kelantan masa tu kan best....sigh

1 comment:

Pin It button on image hover
Tweet