Saturday, March 5

EDISI SYAHIR: sempurna


KESEMPURNAAN
Ada suatu hari tu aku ternampak kat fb, “usah mencari yang terlalu sempurna”… oleh sape entah.. haha.. tapi agak catchy gak la tajuk tu. Sebab? Sebab aku pun  selalu bermain-main dengan tajuk sedemikian.
“Perfect is not being great at something, but being there at everything”
Suatu falsafah yang aku sendiri fahami dari sepanjang aku hidup kat dunia n. dah bermacam orang aku jumpa, bermacam ragam, so kesimpulannya, ayat ini yang aku pegang.

Sebenarnya tiada yang mampu menjelaskan kesempurnaan. Kalau dalam sudut agama, tak semestinya orang yang paling kuat agama itu pun sempurna jika dunianya ditinggalkan. Dalam dunia kerja pula, seseorang itu bukannya kita panggil sempurna jika dia terbaik dalam suatu bidang tapi hanya itu yang dia tahu. Sama sahaja dalam belajar, walaupun keputusan anda terbaik, tapi tak bermakna anda sempurna andainya sahsiah dan soft skill anda tiada. Jadi apa maksudnya sempurna?

Semua orang ada andaian mereka tersendiri dan berusaha ke arah kesempurnaan masing-masing. Dalam perjalanan tersebut mungkin ramai yang menjadi buta. Buta? Tapi kenapa?

“kenapa ko buang masa baca komik sedangkan kau tu pelajar?!”
Biasa tak dengan ayat ni? Kenapa kita luahkan ayat ni? Adakah kita rasa membaca komik itu membuang masa?

Fikir balik, sepanjang kita sebagai pelajar, adakah 100% hidup kita melibatkan buku? Kita tak Buat kerja lainkah? Bagi aku tiada perkara yang kita boleh anggap sebagai membuang masa. Andainya sesuatu perkara itu tidak bermakna bagi kita, mungkin ia bermakna bagi orang lain. Jangan jadi hipokrit. Mungkin kita juga punya perkara yang kita gemar tapi dipandang tidak bernilai oleh mata orang lain jadi kenapa perlu kita juga mendiskriminasi? 
Aku sendiri sedar akan hakikat ini semua pengajianku apabila seorang pelajar 4-flat menghabiskan kebanyakkan masanya menonton konsert atau melukis manga. Maksudnya adakah melukis manga itu membuang masanya atau adakah perkara itu suatu input penting agar dia lebih tenang mengulangkaji pelajaran.

“kita datang sini nak belajar,bukan nak menari”. Dulu pernah seorang senior cakap camtu kat aku. Mungkin dia tak memahami. Aku menari demi untuk mengukuhkan kelayakanku untuk terus berada di kolej dan juga untuk terus senyum di sepanjang jalan kejuruteraan yang tak pernah aku sangka akan aku lalui ini. Ianya suatu output untuk aku mencergaskan badan dan memastikan fikiranku sentiasa cerdas dan bukannya terlampau bosan dengan buku sampai nak tidur je bila dah bosan. Lama-lama GEMOK!

Ingatlah, kalau ingin mengejar kesempurnaan, jangan hanya ke satu arah. Aku pun dalam proses mengejar kesempurnaan. Aku dah rasa banyak benda, lalui banyak perkara, apa yang baik aku pegang, yang buruk aku buang. Letakkan diri anda di luar sana. Keluar dari muka laptop tu. Timba pengalaman dalam segalanya! Hidup bukan sekadar coretan markah di kertas! Do something u never thought of doing and come out a better person.

PANDANG DUNIA IKUT KACAMATA SENDIRI. BE YOURSELF COZ YOU ARE BORN THAT WAY!

4 comments:

haway mutasawwil said...

komen dh neh.jgn mncr smpurna tp try to perfect dl yg sesuai akn dtg.haha

syarkwasangka said...

wah..bagus2...

mtbink.com said...

I'm beautiful in my way
'cause God makes no mistakes
I'm on the right track baby
I was born this way

riedz_iedz said...

perfectionist aren't perfect~~~ but imperfect is the most vital and crucial criteria for sumone to be categorize as a perfectionist~~~

yeayyy--- i'm perfectionist... =_="" aigooo... sumtime it hard being perfectionist..

yeayyy--- i strongly agree wif ur post.. great point of view...
aja-aja fighto~~~ huhuh

Pin It button on image hover
Tweet