Tuesday, May 17

Benda Common time short sem

Pendedahan terbaru!!!!! Hasil pemerhatian dari kaca mata pemberita Manggis..

Dalam ramai orang tengah sebok bercuti, mencari kerja, ada gak yang bernasib ‘vaik’ kena buat short sem, sem singkat, sem tiga atau jugak ‘cara university untuk tidak Nampak macam terbiar’ sem. Tapi bila terperangkap dalam’situasi’ tersebut, korang mesti akan terlintas dengan perkara2 ini.

1.     MUSIC KUAT DARI BILIK SEBELAH.
Vajet (very bajet) orang lain takde yang menghuni blok hostel tuh, so ada la sorang dua hamba GAGA ni pasang stereo baekk punya. Atuk umah sebelah yang pekak tu takde pekak camtu.

2.     FAKULTI YANG DULUNYA CERIA NAMPAK MACAM RUMAH MAYAT.
Kemon lah people!!! Dah tak ramai insan bertuah tu, memang lah takde orang kat fakulti tuh. Cleaner pun di-reduce kepada setengah. Sawang merata-rata. Kafe yang terbiar. Jangan ada pak cik takde kepala tegur korang sudah.

3.     MAMAT HOT MAIN BOLA DIGANTIKAN DENGAN PAKCIK TUA JABATAN PERKHIDMATAN PELAJAR.
Kisah memang sahih benar. Kalau time semester biasa tu, even kelas ada pun sanggup ponteng turun padang. Bersukan lah konon. Kalau betullah bersukan takdelah kes jogging langgar tiang. (bukan aku). Kaki melangkah ke depan, mata kiri kanan tengok minah2 hot jogging n main badminton. Ngeee. Tapi sekarang jogging pun makin laju sebab geli tengok pakcik buncit tak pakai baju main bola… euuwwwwww
sangat HOT!!!!!!!!

4.     TAK GLAMER KAT KAFE MACAM SELALU.
Time semester biasa bukan main glamer u’olls. Masuk kafe je semua tegur. “eh syahir, Nampak hot doe kau!!” , “eh syahir! Sihat?” “syahir, takde kelas ke harini”. (ini syahir lain, bukan aku)
Tapi sekarang, masuk kafe je semua muka tak kenal. Mana taknya. Pendatang kolej mana ntah yang menumpang kat sini. Kekwat lak tu dengan aku. Lempang sesorang baru tau.

5.     MAKANAN MAKIN LAKU.
Tak caya cuba gi kafe korang pukul 3 ptg. Ada lagi tak makanan? Takde kan. Tu maknanya kafe korang tu makanan makin sedap. Makin laku! Bukan sebab wak kafe malas nak buat makanan sikit atau student lain terdesak sebab kafe lain tutup. Tak tak. Bukan sebab tu.

laku sampai camni hah berebut makanan.


apa lagi benda common time short sem korang?

2 comments:

Razil Tahir said...

xpernah amek short sem...
this july bru ade intersessi...

tp dulu time foundation, uitm tue lengang mmg best gilarh... sbb xpyh berebut naek bas... kat kafe xyah bratur... nak maen pape un dpt jer... best! hahahahah

syarkwasangka said...

tapi seram doe!!! aku pernah time orang lain cuti sem aku tak balik lagi... depan perindu tu daun je penuh kat jalan raya...

Pin It button on image hover
Tweet