Sunday, May 15

EDISI SYAHIR; My Playbook


Dah tengok HOW I MET YOUR MOTHER season 5 tak???

Tak? Tak kesah pun. Tapi yang aku nak cakap kat sini, ada satu episode tu si Barney (Neil Patrick Harris,gay yang berlakon playboy tuh) tunjukkan THE PLAYBOOK!!! Seleksi cara dan tips mengorat yang 100% MUNGKIN Berjaya. So camner kalau kita orang Malaysia pun nak buat gak The Playbook tuh?

Hoho! Jangan risau. Dengan hanya rm39.90, The Playbook [Malaysian] boleh didapati di pasaraya berdekatan anda!

Takdelah. Merepek je. Anyhow, aku ada lah ter’perasan’ beberapa tips meng’ushar’ yang popular di kalangan rakyat Malaysia.

THE 3 STEPS.
Boleh diamalkan di mana sahaja, tak kira masa, ketika berjalan atau sedang mengunyah.
1.     Aim timing yang betul untuk orang tu pandang kita.
2.     Tarik nafas ala-ala kamu sedang menikmati sesuatu.
3.     Hembus nafas sambil pandang tepat ke mata dan senyum ala2 ikhlas.

Kenapa? Satu sebab ianya boleh bagi impression yang kita macam betul-betul terpesona kat orang tu. Duanya sebab senyuman ikhlas mampu cairkan hati orang. Tiganya sebab eye contact yang memukau.
*make sure nafas tak berbau kalau jarak dekat.

THE GENTLEMAN.
Boleh diamalkan oleh yang bukan muka jenis tak semayang dan juga yang pandai menjaga kebersihan diri.
Untuk Berjaya, gantikan perkataan ‘awak’ ‘churp churp’ dan juga ‘phewitt’ dengan ‘cik’. Jaga tutur kata dan selitkan dengan beberapa idea yang boleh dianggap high class.  Sebagai contoh, nak order kat Pizza Hoot.
“cik, boleh bawakan satu Creamy Carbonara with fettuccini and cheese sprinkles. Itu sahaja, terima kasih”. Sambil senyum.
Dan bukannya,
“awak, churp churp(bunyik tikus tuh), saya nak yang ni satu, tapi kurang pedas, pastu nak yang nipis macam kuey tiau tu ek. Tak nak yang mee tuh. Then japgi taruk cheese lebih sikit ek.” –not cool.

Kenapa? Satu, perempuan sangat suka rasa dihargai jadi dia lebih memilih orang yang mudah menghargai walaupun sekecik mana pun hal tersebut. Jadi, penggunaan bahasa yang sopan dan juga menghormati even waiter kepsi, menunjukkan anda menghargai pekerjaan waiter tu. Lagipun, ada ke orang yang tak suka gentleman?

MR SENSITIVE.
Boleh diamalkan sekiranya orang yang ditackle itu bukan jenis pengkid atau b***h yang tak berhati perut sambil bajet muka tahap Angelina Jolie.
1.     Stalk FB orang tuh. Atau bagi yang first time nak kenal, prihatin terhadap apa yang orang tuh tengah buat.
2.     Then show interest atau cakap pasal sumthing yang dia tengah buat tu. Katakanlah dia sedang belek novel,
“owh, Sophie Kingsley, macam menarik, dah baca? Ok ke ceritanya? “

Dan bukannya,
“Euwww!!! Confession of shopaholic? Bukan dah lama ke? Best sangat ke? “ –not cool at all dude.

Kenapa? Gurls selalunya akan mencari suatu topic untuk diperbualkan bersama. Jadi sekiranya anda sudah pun memulakan bicara dengan topic yang dia gemari, markah bonus!

PHYSICAL OVER THEORETICAL
Boleh diamalkan kepada insan yang selalu dikelilingi oleh kota. Contohnya orang yang dah asyik pergi mall je.
Apabila sesorang sudah terikat dengan sesuatu yang rutin (contohnya setiap kali dating je gi mall), aktiviti seperti berbasikal dan berkelah atau berjoging mampu menambah daya tarikan.

Perempuan lebih mudah menghargai sesuatu kenangan dan suatu kenangan yang  lain dari rutin harian akan terlekat kat kepala macam glue. Setelah penat berbasikal, rehatlah di bangku berdekatan sambil berborak.

DIRECT, KOREAN STYLE
Boleh digunakan kepada kebanyakkan manusia di Malaysia ni. (dah terlalu ramai peminat korea zaman sekarang).
Wanita sukakan kejujuran. Tapi takleh jujur sangat macam tunjuk kaler seluar dalam sendiri (bukan aku). Jujur maksudnya disini adalah lelaki yang berkayakinan untuk cakap yang dia suka kat seorang perempuan tu tanpa perlu date lapan belas kali. Scene lelaki jujur banyak dalam cerita korea dan perempuan selalu tangkap lentok. Contoh:

Korang dah sekelas satu semester, kemudian kamu datang ke meja dan cakap “maaf, saya rasa saya suka awak. Boleh tak kita keluar minum suatu hari nanti?” . yeah, perempuan tu mestilah terkejut berukben time tu tapi kemudiannya mesti dia tersenyum sorang sorang dalam bilik ingatkan kamu.

Tapi apa cara yang digunakan pun, tak Berjaya kalau anda sendiri pun tidak selesa dengan diri sendiri. Love yourself so that others can love you.

4 comments:

sue94 said...

mcm knl je gmbr yg last tuh :p

cikNiarun said...

saya nak nate!!!haha..tetibe je lari topik.the truth is, perempuan suka yang menyenangkan,menggembirakan dan simple. tu je..

syarkwasangka said...

so yang kat atas tu tak suka ke??

Anonymous said...

hehehe :)

Pin It button on image hover
Tweet