Friday, September 3

Kehampaan Hari Jumaat

Hatiku hampa….

Pernahkah kau merasa… hatiku hampa.. owh pernahkah kau merasa…tiba-tiba je nyanyi lagu ungu..apehal??? apekah??
Mari mari .. dekat dekat… cik adik cik abang…yang jauh datang dekat, yang dekat kita rapat-rapatkan…mari sini saya ingin bercerita… kisah hati hampa pelajar biologi dalam bidang kejuruteraan…

Hari ini, 3 september 2010… beberapa kali hatiku hampa…eh, tak..empat kali je…

USUL SATU: semalam aku dan kekawanku dah rnacang baik punya program hari ini untuk kitorang bersama-sama ke bazar, bergurau senda, beriang tawa…tapi kini bermasam muka la pulak.. kenapa?? Sebab semua plan terbatal lantaran tiada kenderaan.. sedih amat.. semua plan.. semua cita-cita… terbang ditiup angin ramadhan..

USUL DUA: hari ini kolej Tun Hussein Onn buat bubur lambuk..(buat ke beli entah) dan sepatutnya semua orang dapat bahasian masing-masing lah… jadi saya, dengan hati yang girang… pergi lah ke dataran canseleri tu untuk ambik bubur.. sampai tengah jalan, terjumpa Hakimi Nakajima dan Uncle Bahar…”ko nak pegi mana??”.. “aku nak gi amik bubur la pandai”…”takyah..abaikan…dah habis dah pun’… HAMPA HATIKU…

USUL TIGA: Ibunda yang tercinta nak datang ke bumi KL untuk pick-up abg aku dan kereta kelisanya(yang sepatutnya aku dapat) untuk dibawa balik ke Kelantan… girang rasa hati ingin berjumpa beliau namun…HAMPA HATIKU…malam ni ada test mid term Matematik Kejuruteraan Kalkulus (miss Calclueless) sehingga jam 2200…last tren ke Bandar Tasik Selatan pulak pukul 2300..tapi memang tak sempat langsung la nak punggah pakaian dan pegi ke stesen..jadi, HAMPA HATIKU..

USUL EMPAT: mid term Miss Calclueless… masuk je jasad ini ke dewan dengan penuh semangat…tengok soalan, masih bersemangat (dah study ni!)… jawab je soalan..PUNAH DUNIA… berpinar mata ku..tapi keluar je dewan.. semua gembira..soalan senang katanya…sekali lagi,HAMPA HATIKU…

Teladannya…budak bio jgn gatal nak amik bidang fizik, rancang perjalanan setelah memastikan perkara utama sudah confirm, dan lajukan diri untuk subjek makan..sekian..

4 comments:

nur iema said...

ciannya kt ko....sabar la ye...
*aku xnk jmpa ngn miss calclueless dh weh..serik..huhu

Dyana said...

bilekah kTHO wat bubur..hik3..
sabar syahir!! u can do it!!

syarky ibrahim said...

aurora.. ko tak tahu ke??? cianlagi ko.. ptg tadi la..

Muhammad Tarmizi bin Kamaruddin said...

betul tu, lajukan diri untuk subjek makan...

P/S: Korang malam-malam pun ada exam, apalah, suarakan hak asasi mahasiswa!

Pin It button on image hover
Tweet