Tuesday, September 7

Mesej penuh Makna

   mesej ni disebarkan bagi peringatan kepada semua.. segala nama terbabit telah disembunyikan atas dasar maruah mereka...segala brand atau nama yang tertulis dalam blog ini hanya kebetulan dan bukan berniat untuk menyinggung pihak tuan -puan.. sekadar ingin memesan..

 September 7 at 11:21pm 
UNTUK MEREKA YANG MENYAKITKAN HATI (BAHAGIAN I) MESEJ 1
=======================================================

1. Oleh kerana, SEGELINTIR daripada anda, telah MENYAKITKAN HATI:

i) Kak ...
ii) Kak ...
iii) Ahli-ahli Jawatankuasa Kelab SANTUN YaPEIM
iv) peserta-peserta Kelab SANTUN YaPEIM yang memahami, BUKANNYA peserta-peserta Kelab SANTUN YaPEIM yang TIDAK MEMAHAMI

pada:

i) HARI INI
ii) SEMALAM
iii) MINGGU INI
iv) 3BULAN LEPAS
v) TAHUN INI
vi) sepanjang tahun 2006 sehingga sampai ke tahun 2010 ini

di sini ada sedikit luahan hati daripada saya khas untuk SEGELINTIR daripada anda, yang MENYAKITKAN HATI kami tersebut.

2. Sebelum apa-apa hal, saya minta maaf banyak-banyak kerana pos ini SENGAJA KASAR. Hal ini adalah kerana untuk MENYEDARKAN MEREKA YANG MENYAKITKAN HATI yang TAK RETI BAHASA yang selalu MENYAKITKAN HATI kami.

3. Dan saya tahu, dan saya jamin 100% segala maki-hamun yang saya sampaikan dalam pos ini MEMANG TAK SAMPAI PUN DEKAT MEREKA YANG MENYAKITKAN HATI tersebut. MEREKA YANG MENYAKITKAN HATI tersebut bukannya join KS - Komuniti SANTUN: http://tinyurl.com/facebooksantun . MEREKA YANG MENYAKITKAN HATI tersebut bukannya join SYG - SANTUN Yahoo! Groups: http://tinyurl.com/groupsantun . Oleh itu, mohon kerjasama peserta-peserta Kelab SANTUN YaPEIM yang memahami supaya sampaikan maki-hamun saya ini kepada MEREKA YANG MENYAKITKAN HATI kami. Lainlah kalau anda "satu geng" dengan MEREKA YANG MENYAKITKAN HATI tersebut. Memang adatlah, kalau orang ponteng kuliah, pensyarah marah siapa? Pensyarah marah budak-budak dalam kuliah kan? Budak-budak yang ponteng kuliah tu tak dapat langsung apa-apa berita maki-hamun pensyarah tersebut. MAKA MASALAH TAK SELESAI, BETUL TAK?!!! Jadi, sampaikanlah maki-hamun daripada saya ini kepada MEREKA YANG MENYAKITKAN HATI tersebut kerana saya tahu mereka langsung tak join Facebook SANTUN kita apatah lagi Yahoo! Group SANTUN kita.

SEDARLAH SIKIT, KORANG GUNA DUIT ORANG RAMAI YANG BERHARAP SUPAYA DUIT ITU DIGUNAKAN SEBAIK MUNGKIN
===================================================================================================
4. Pertama sekali, anda kena ingat, YaPEIM (Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia) ialah satu badan yang menyalurkan wang derma ihsan sedekah (Sadaqatul Jariah) daripada orang ramai kepada orang ramai. Anda kena ingat bahawa sumbangan duit daripada YaPEIM ini adalah duit daripada orang ramai YANG RELA HATI MENDERMA BERSEDEKAH bukannya datang daripada CUKAI KERAJAAN (PAKSA BAYAR), CUKAI PENDAPATAN (PAKSA BAYAR), PUSAT PUNGUTAN ZAKAT (WAJIB BAYAR) tu semua, bukan. Duit ini semua datang daripada hasil titik peluh guru, kerani, pemandu teksi, pekerja awam, cleaner dan pelbagai jenis pekerjaan lagi yang SUDI MENGELUARKAN SEBAHAGIAN DARIPADA GAJI MEREKA UNTUK DISEDEKAHKAN DIDERMAKAN supaya dapat membantu orang ramai. Mereka sanggup POTONG GAJI MEREKA DENGAN RELA HATI BUKAN PAKSA. TAK DERMA DEKAT YaPEIM PUN TAK APA, BUKANNYA WAJIB PUN. Ini bukan cukai. Ini bukan zakat. Ini bukannya duit zakat. Ini bukannya duit cukai. Mereka RELA HATI MENDERMA. Ini duit DERMA IHSAN SEDEKAH orang ramai. Jadi, kalau hendak gunakan duit YaPEIM ini, FIKIR-FIKIRKANLAH harapan beribu-ribu orang ramai terhadap penggunaan duit tersebut. Ada yang potong gaji RM5 sebulan aje tau, janji ikhlas derma. Ada ke cukai kerajaan RM5 sebulan? Cukai pendapatan pun RM2000 setahun, ITU PUN PAKSA BAYAR CUKAI BUKANNYA SEDEKAH, BUKANNYA DERMA, CUKAI WAJIB. Gunakanlah duit tersebut sebaik-baiknya dan sebaik mungkin. INGATLAH HARAPAN PARA PENDERMA. Memanglah duit tu dah jadi duit korang, korang nak beli Mascara ke, SK-II ke, SimplySiti ke, Maybelinne ke, Loreal Paris ke, kerana dirimu begitu berharga ke (BERHARGA KE?), maybe its Maybelline ke, kejelitaan adalah hak milik setiap insan ke, Sendayu Tinggi ke, Sendayu Rendah ke, Mustika Ratu ke, Mustika Raja ke, AKU PEDULI APA DAH HAK KORANG, tapi fikirlah sikit HARAPAN ORANG RAMAI jangan sesuka hati berbelanja tanpa memikirkan harapan orang ramai... gunakanlah ke arah kebaikan, untuk belajar, beli buku, beli kelengkapan belajar, kan elok...

5. CUBA BAYANGKAN kalau korang derma RM5 dekat pakcik mintak sedekah dekat jambatan Pudu Raya tu, apa hasilnya? Hanya 1Manusia sahaja yang dapat manfaat betul tak? Rasa berbaloi ke? Cuba tengok YaPEIM, dia kumpul kesemua hasil potongan gaji SUKARELA orang ramai RM5, RM5, RM5,... setiap bulan dan bantu anak-anak yatim seluruh Malaysia (Kitalah), anak-anak miskin seluruh Malaysia (Kitalah), ibu-ibu tunggal, anak-anak pelarian, mangsa Tsunami Aceh 2004, dan macam-macam lagi, KAN LAGI BERBALOI, lagi BANYAK ORANG YANG DAPAT MANFAAT hasil daripada potongan gaji SUKARELA RM5 sebulan sahaja tu... BUKAN 1Manusia SAHAJA MACAM CONTOH TADI, faham? Jadi, sedar sikit, ini semua duit sedekah daripada masyarakat kepada masyarakat... 
 
UNTUK MEREKA YANG MENYAKITKAN HATI (BAHAGIAN I) MESEJ 2
=======================================================

BUKAN BIASISWA LAH!
===================
5. Jangan anggap pemberian wang daripada YaPEIM ini sebagai BIASISWA. Biasiswa apa nya RM1,000 setahun, boleh mati kot RM1,000 setahun, nak mampos ke apa RM1,000 setahun, tengok biasiswa JPA, RM30,000 untuk 3Tahun. Tengok biasiswa Sime Darby, tengok biasiswa Petronas, tengok biasiswa Telekom, tengok biasiswa MARA, beribu-ribu kali ganda lagi berbanding sumbangan YaPEIM betul tak? SEBAB APA? SEBAB APA? SEBAB APA? SEBAB INI BUKAN BIASISWA! Ini derma orang ramai, sedekah orang ramai, untuk dimanfaatkan sebaik mungkin, duit RM1,000 ini BERSERTA HARAPAN ORANG RAMAI, HARAPAN KERANI, HARAPAN GURU, HARAPAN PEMANDU TEKSI, HARAPAN CLEANER supaya duit ini digunakan sebaik-baiknya, amal jariah, sedekah, derma, untuk bantu masyarakat daripada masyarakat....

6. Sebagai contoh, tengok macam biasiswa JPA, RM30,000 untuk 3Tahun, ada diorang nak buat program macam kita ni? Ada dia bawak kita jumpa Raja Muda Perak, ada dia bawak kita jumpa Perdana Menteri, ada dia bawak kita jumpa isteri Perdana Menteri, ada dia letakkan kisah penderitaan hidup kita dalam Berita Harian, jelajah anak yatim seluruh Malaysia? ada? ada? ada? Padahal kalau difikirkan balik sepatutnya JPA lebih berkira (cerewet) berbanding YaPEIM sebab duit JPA bagi lagi banyak, tapi tak ada pun JPA buat program-program ni semua. Sebab apa? Sebab duit tu tak ada HARAPAN ORANG RAMAI, hanya potongan cukai BERWAJIB pendapatan pekerja awam, silap-silap haribulan penuh dengan sumpah-seranah maki-hamun pekerja-pekerja awam lagi... duit YaPEIM ni LAIN, duit derma sukarela tak ada paksa-paksa... duit YaPEIM ini ada harapan orang ramai supaya digunakan untuk membantu masyarakat... untuk membantu ada dari segi kewangan untuk terus belajar (dengan harapan masyarakat), bukan support 100% kewangan belajar korang, RM1,000 setahun manalah cukup...

DATANGLAH PROGRAM, TAPI BUKANNYA DATANG PROGRAM UNTUK CEK
==========================================================
7. YANG MENYAKITKAN HATI TU, kalau MEREKA YANG MENYAKITKAN HATI tu tak dapat cek (dahlah tak datang program) boleh pulak mereka NAK MAKI-HAMUN KITORANG cakap kitorang MAKAN HARTA ANAK YATIM LAH, MENAFIKAN HAK ORANG YANG BERHAK LAH, AKHIRAT NANTI DAPAT BALASANLAH, MEMPERMAIN-MAINKAN PERASAAN ANAK YATIM LAH, APA LAH...
padahal................. mereka tak faham sebenarnya... Takkan terus bagi duit macam tu aje, kalau macam tu jadi macam biasiswa JPA lah, muka tak kenal, nama siapa, entah apa background dia entah, tahu-tahu setiap semester duit masuk akaun bank, tak payah ada program, tak payah ada ukhuwah, tak payah berbual-bual antara satu sama lain, melenggang macam tu aje terus dapat duit, goyang kaki, duit tu dia nak beli apa pun, tak ada orang nak kisah, dia nak boros, dia nak membazir lantak dia, nak ke macam tu???....

8. Kalau buat macam tu, terus bagi duit, program tak payah datang, macam mana kita nak BAGI DIA FAHAM suruh guna DUIT DERMA SEDEKAH ORANG RAMAI ini sebaik mungkin, muka dia pun kita tak kenal... dia kena berbakti balik kepada masyarakat.... masyarakat dah bantu dia, jadi dia kenalah bantu masyarakat balik... kerahkan tenaga bantu anak-anak yatim yang jauh LEBIH DAIF daripada dia, bagi motivasi kepada anak-anak yatim atau miskin yang jauh lebih teruk hidupnya berbanding dia... biar dia jadi contoh anak-anak yatim lain, biar dia jadi contoh anak-anak miskin lain... jadi idola... bantu sediakan jamuan berbuka puasa anak-anak yatim, beri semangat kepada anak-anak yatim lain, beri motivasi, beri galakan, selami masalah mereka, bagi tips untuk belajar, kongsi pengalaman, kongsi pengetahuan, mengeratkan ukhuwah, berbual sesama peserta SANTUN lain, macam-macam pengalaman indah boleh dapat.... kalau nak duit tapi program tak datang, apa aje yang dia dapat... baik YaPEIM ambik nombor akaun Bank Islam semua peserta SANTUN, lepas tu, setiap tahun masukkan aje duit dalam akaun, program tak ada hapah pun tak ada, nak ke macam tu? bagus sangatlah tu...  
UNTUK MEREKA YANG MENYAKITKAN HATI (BAHAGIAN I) MESEJ 3
=======================================================

9. Kalau datang program macam-macam boleh dapat, dapat bantu anak-anak yatim/miskin lain yang jauh lebih daif lebih miskin lebih malang daripada kita, sama-sama menyediakan juadah berbuka puasa, dapat pengalaman handle majlis besar-besar, dapat belajar protokol majlis, benda-benda macam ni bila lagi nak belajar, dapat kongsi pengalaman, kongsi pengetahuan, beri motivasi, beri galakan, beri tips belajar, selami masalah anak-anak yatim/miskin tersebut,
macam-macam dapat... dapat makan free lagi... tak seronok ke makan?

10. YaPEIM siap bagi peluang lagi untuk setiap peserta SANTUN hantar esei keperitan kehidupan peserta SANTUN untuk dimuatkan dalam ruangan SKOR Berita Harian dan juga dalam buku Jalan Berliku Menuju Puncak. YaPEIM beri kita peluang untuk jumpa orang-orang besar contohnya YB Besut, Terengganu: Datuk Dr. Abdullah Md Zain, Menteri di Jabatan Perdana Menteri: Mejar Jeneral (B) Jamil Khir Baharom, Isteri Perdana Menteri: Dato' Sri Rosmah Mansor, Perdana Menteri Malaysia: YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak: Raja Dr Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri: Y.B. Senator Dato' Dr Mashitah Binti Ibrahim,... dan macam-macam lagi... banyak sangat... bukan senang dapat peluang macam ni...

11. Jadi, sekarang, sepatutnya anda faham kenapa ada rule "pelik", datang program baru dapat cek, tak datang program tak dapat cek. Kita tak nak bagi duit melulu dekat orang yang BURUK AKHLAK, BURUK PERANGAI, MAKI HAMUN ORANG TAK TENTU PASAL PADAHAL DIA YANG SALAH, PARENT DIA PUN SATU KEPALA DENGAN DIA, KEPALA HOTAK DIA BERJAMBUL!... Kita tak nak bagi duit dekat orang yang kita tak tahu orangnya macam mana? muka tak kenal, program tak pernah datang, HIDUP KE LAGI? Tiba-tiba nak cek, apa kes, GILA KE APA? Jangan MENGADU HAK MEREKA YANG MENYAKITKAN HATI tersebut ditarik balik padahal hak MEREKA YANG MENYAKITKAN HATI tu memang tak sepatutnya dianugerahkan sebagai hak mereka awal-awal lagi...

12. Janganlah kita lepas tangan tak pergi program, peserta SANTUN lain bertungkus lumus membantu program, kesian dekat Kak ... kesian dekat Kak ...., mereka sudah bersusah payah bertungkus lumus untuk kita semua dekat 5Tahun kot... tahun 2006, tahun 2007, tahun 2008, tahun 2009, tahun 2010... semuanya untuk bantu kita semua... janganlah lepas tangan...

13. SUSAH-SUSAH SANGAT, kalau tak nak tu, tarik diri ajelah, YOU tak menyusahkan hidup kitorang, kitorang pun tak menyusahkan hidup YOU, buat apa YOU ada dalam SANTUN lagi, buat menyakitkan hati aje... boleh blah la... nama aje lulusan cemerlang, tapi ANGKUH, SOMBONG, LUPA DIRI... banyak lagi lah anak-anak yatim yang memerlukan pembelaan... YOU DENGAN SPEAKING YOU INGAT BAGUS SANGAT! BOLEH BLAH LAH...

P/S: Yang sebenarnya ada banyak lagi maki-hamun yang hendak diutarakan dan diketengahkan, tapi buat masa ni, sampai sini ajelah... 4Tahun disimpan takkanlah sampai poin ke-13 sahaja, banyak lagi benda yang nak ditulis, tapi nanti-nantilah... sebab PERISTIWA SEDIH HARI INI YANG DITIMPA Kak... dan Kak ... dan peserta-peserta SANTUN yang prihatin dan memahami hanya cukup sekadar poin ke-13 sahaja... poin ke-14, 15, 16, 17, 18, 19... dan seterusnya akan dipublish apabila MEREKA YANG MENYAKITKAN HATI tu mendatangkan masalah lain pula... masalah, masalah... cuba jangan timbulkan masalah... To be continued...


syarky ibrahim says: aku setuju amat...rasa nak jentik je beliau

1 comment:

Joe Root said...

I truly like your interpretation of the issue. I now have an unmistakable thought on what this matter is about.. scholarships2u.com

Pin It button on image hover
Tweet