Friday, November 26

Sajak Harga Ringgit


HARGA RINGGIT

Ringgit,
Apa nilainya ringgit,
Jika berbanding budi,
Ringgit tiada erti,

Ringgit,
Ringgit musuh asli,
Kerana ringgit bicara tak jadi,
Kawan lari lupakan budi,

Ringgit,
Ia bukan teman abadi,
Namun mampu rencana duniamu,,
Sangat bijak jika mampu tabungi,

Ringgit,
Jangan ia dibawa mati,
Mati dengan segala rugi,
Takwa itu ringgit sejati,

Ringgit,
Tenggelam manusia hilang di dunia,
Ringgit juga tiada binasa,
Jadi teman hamba yang alpa…

p/s: dear... please take care of your expenses carefully

2 comments:

mtbink.com said...

Ringgit Kasorga?

Kalau syair tu puisi berlagu, selalunya macam ni "Tersebutlah kisah, seorang puteri..."

Rima syair ialah aaaa, sajak kau ni bukannya rima aaaa, sekejap aabb, sekejap abbb, kau punya ni namanya sajak moden, sejenis puisi Melayu yang aku tak suka.

P/S: Kau ni sajak dengan syair pun tak boleh beza... =.="

syarkwasangka said...

ek... camtu lak?? ek??? pulak... ek??

Pin It button on image hover
Tweet