Thursday, December 16

Bila tangga timpa diri


GERAM!!!!!!!
Weih… kalu dulu aku dah tak suka dia. Sekarang lagi aku tak suka dia…

Kalau di tahun 1970an..
Junior: abang, system organisasi ni ada masalah yang boleh diperbaiki lagi la..
 Senior: wah.. orang camnilah kita cari.. mari kita bincangkan hal ini dan selesaikannya..

Tapi sekarang.. fuh..
Junior : abang, system organisasi ni ada masalah yang boleh diperbaiki la…

Senior: adik..(mula-mula baik) kalau adik setakat komplen pun bukan orang atasan dengar.. ko jangan malukan oragnisasi sendiri(dah start hentam ni)… ko patut fikir dulu sebelum ko bercakap… melalui system ni, orang yang berusaha dan ikhlas dapat kelebihan…

Junior : tapi markah semua orang sama je termasuk yang tak datang.. tapi terima kasih untuk tunjuk ajar abg ye..takpelah bang, jom kita bawak berbincang secara aman ye (junior lak yang memujuk)

Senior : wah, dah lepas hentam orang,(sapa hentam sapa?) pandai nak berkias-kias bermadah lagi… nanti bila balik kolej aku sendiri ajar ko (masih nak hentam)… nanti bila ko dapat title, ko bukak la Universiti sendiri ye(ayat ni sentap sangat)

Camni ke dunia?? Camni ke dunia yang korang nak anak korang hidup?? Aku tak sanggup la.

                Organisasi yang dimaksudkan tersebut bertindak sebagai penilai pelajar samada pelajar tersebut berkomitmen atau tidak sepanjang kursus. Kedengarannya amat adil kan?? Namun realitinya, dah dasar manusia yang menilai, mestilah wujud jugak berat sebelah. Aku sendiri tak puas hati. Ada pelajar yang tak attend beberapa kali tapi hantar kerja dapat A sama seperti orang yang menghabiskan hujung minggu diorang, berusaha untuk membuat kerja tu on time. Tak adil kan??

                Tapi boleh pulak sorang senior ni cakap “tengok, ramai berpuas hati dengan markah mereka..” memang la semua orang berpuas hati. Tapi tu sebab semua orang dapat A. itu termasuk jugak mereka yang mengopipes dan selalu ponteng. Adil ke macam tu? Kalau aku tak berusaha, aku sanggup dapat B tau. Sebab kita tahu orang lain yang full attendance, berusaha dan ikhlas tu lebih layak untuk dapat tinggi. Kalau semua di paras yang sama, mana kelebihan kepada yang berusaha dan ikhlas tu?? Mana???

                Isu ni dah lama dipertikaikan. Wujudnya satu laman social untuk pelajar menyuarakan pendapat mereka pun dah diwujudkan serta dibaca oleh semua. “tapi korang asyik komplen kat sini, pengurusan bukan dengar”… sebenrnya kat sini SEPATUTNYA si senior tolong si junior. Kami masih baru. Nak suarakan pendapat secara lantang pun masih belum ketahui susurnya. 

                Tak boleh ke tolong?? Atau sebab anda tak kena so anda anggap perkara itu temeh? Atau adakah disebabkan jawatan anda akan tergugat sekiranya perkara tersebut benar-benar dibawa ke tengah? Atau anda juga tergolong dalam golongan yang “aku tak ikhlas tapi aku Berjaya”??  atau adakah anda antara yang ingin mengekalkan takuk lama demi kuasa?? Fikir-fikirkanlah.


p/s: kesal yang amat bila orang yang kita harapkan buat begitu
Pin It button on image hover
Tweet